Raja
Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan
diberi nama Pau Gelang. Setelah raja Cempa mangkat, Pau Gelang
dilantik sebagai raja Cempa. Cucu Pau Gelang berkahwln dengan
puteri Majapahit, Raden Galuh Ajeng danberanak raja-raja Cempa sehinggalah
Pau Kubah. Pau Kubah tewas berperang dengan raja Kuci. Syah Indera Berma,
iaitu anak raja Cempa lari ke Melaka. Sultan Zainal Abidin dari
Pasai melarikan diri ke Melaka selepas adindanya merampas takhta. Orang-orang
Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin
berjaya menaiki takhta semula. Sultan Zainal Abidin enggan
menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja, pulang ke Melaka
dengan rasa kecewa. Laksamana mengajak Bendahara merajakan semula Sultan
Zainal Abidin tetapi Bendahara enggan. Sultan Mansur Syah murkakan Bendahara.
Manakala, Laksamana pula memburuk-burukkan Bendahara ketika di Pasai. Bendahara
memuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan apabila Laksamana mengetahui
pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi berjumpa Bendahara untuk
meminta maaf.
Raden Kelang dibunuh oleh orang
mengamuk di Melaka. Sultan Mansur Syah gering dan memberi
wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat. Sultan Mansur
Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan
Alau'd Din Riayat Syah. Melaka diancam pencuri sehingga Sultan
Alau'd-Din Riayat Syah bertindak menyamar diri untuk membanteras
pencuri-pencuri. Temenggung Seri Maharaja bertindak keras dengan mengetatkan
undang-undang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah membuat undang-undang
mencuri dikudungkan tangan manakala, di simpang empat di tengah negeri
dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai.
Raja Pahlawan dari
Haru mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut
'sembah'. Ramai orang Pasai mati. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menyuruh
pahlawan Melaka menghalang orang-orang
Haru. Pertempuran berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang
Haru. Berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.Raja Maluku dan
Telanai Terengganu datang ke Melaka. Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan
Muhammad, iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai
Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda. Sultan
Alau'd-Din Riayat Syah mendapat tahu perkara itu dan menitahkan
pahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan Muhammad membunuh
Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja Muhammad juga ingin
menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan Sultan Alau'd-Din
Riayat Syah untuk menyerang Pahang. Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk
menyelesaikan masalah itu. Laksamana Hang Tuah ke Pahang dan menyuruh
orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja. Apabila
ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai Terengganu, Sultan Muhammad berdalih
dengan mengatakan Telanai Terengganu berlaku biadap.
Cerita yang ringkas namun padat dengan sejarah
ReplyDeleteTerima kasih komennya.
ReplyDelete