Tuan Jana Khatib dari Pasai
datang ke Singapura. Apabila lalu berhampiran istana raja, beliau menilik
batang pinang sehingga terbelah dua. Paduka Seri Maharaja murkakan Tuan Jana
Khatib dan menganggap Tuan Jana Khatib sengaja menunjukkan kepandaian di
depan isteri baginda. Tuan Jana Khatib dibunuh dan badannya ghaib ke
Lengkawi.
Todak menyerang Singapura
dan ramai rakyat mati. Seorang budak mencadangkan agar digunakan batang pisang
sebagai penahan serangan todak dan menghasilkan kejayaan.
Budak itu dibunuh kerana
disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu ketika nanti.
Paduka Seri
Maharaja mangkat dan digantikan oleh Raja Iskandar Syah. Anak Sang
Rajuna Tapa difitnah berbuat jahat dengan lelaki lain dan dihukum
sula oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa marah akan
tindakan Raja Iskandar Syah
dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura dan beliau sedia
membantu Majapahit.
Singapura dapat dikalahkan oleh
Majapahit dan Raja Iskandar Syah melarikan diri ke hulu Muar, manakala Sang
Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu.
Raja Iskandar Syah menemui
beberapa tempat, seperti Biawak Busuk dan Kota Buruk. Raja Iskandar
Syah membuka Melaka berdasarkan peristiwa pelanduk putih
menendang anjing perburuan. Peristiwa itu dilihat dari bawah pokok
Melaka. Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda, Raja
Muda. Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya
digantikan pula oleh Raja Kecil Besar selepas kemangkatan Raden
Tengah. Syed Abdul Aziz datang ke Melaka dan mengislamkan pendudukan Melaka.
Sultan Muhammad Syah menetapkan adat kepada rakyat untuk membezakan raja
dengan rakyat. Pembesar-pembesar istana juga dikenakan peraturan-peraturan
tertentu supaya dapat mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka.
Mani Purindan ke Melaka dari
benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna Sandari. Mereka dikurniakan dua
orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muharnmad Syah berkahwin
dengan Tun Ratna Wati dan mendapat seorang anak iaitu Raja Kassim.
SultanMuhammad Syah juga berkahwin dengan anak raja Rekan, mendapat
seorang anak iaitu Raja Ibrahim. Selepas kemangkatan Sultan Muhammad
Syah, Raja Ibrahim menjadi sultan dengan gelaran Sultan
Abu Syahid sementara itu Raja Kassim diusir dari istana. Raja Kassim menyamar sebagai
nelayan dan bermuafakat dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk merebut takhta
kerajaan Melaka. Perebutan takhta berlaku sehingga Raja Rekan
dan Sultan Abu Syahid terbunuh. Raja Kassim ditabal menjadi raja
bergelar Sultan Muzaffar Syah. Bendahara Seri Wak Raja membunuh
diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak menyukainya. Seri Nara
Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara manakala, Tun Perak, iaitu
anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di Kelang.
Kisah di sebalik singapura di langgar todak
ReplyDeleteAmat memberi pengajaran kepada kita semua untuk sentiasa menyiasat terlebih dahulu sebelum melaksanakan apa-apa hukuman
ReplyDeleteBetul. Berdasarkan cerita ini, kita boleh mngambil pngajaran tntg brfkir tlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu.
ReplyDelete