Sultan Abdul
Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu
kemangkatan ayahanda baginda. Sultan Mahmud berasa sedih dan
menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal
Syah. Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan
Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul
Jamal. Hang Nadim ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke
Melaka. Hang Nadimberjaya melarikan Tun Teja setelah
berbaik-baik dengan perempuan tua tukang urut. Hang Nadim berjaya
mengalahkan serangan Pahang di laut. Sultan Abdul Jamal ingin
menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening. Laksamana Khoja Hassan ke Pahang
dan melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat
menewaskan angkatan Pahang yang menyerangnya di laut. Sultan Abdul
Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan oleh
anakanda baginda, Sultan Mansur Syah. Raja Zainal, iaitu adinda kepada
Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan
gadis dan perempuan di Melaka. Sultan Mahmud mahu supaya Raja
Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat.
Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah
dengan Sang Guna. Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh
Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar
rumah.
No comments:
Post a Comment