Kemanusiaan bermaksud hal-hal
mengenai manusia atau sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia
itu meliputi hal-hal yang baik dan murni iaitu sifat yang dituntut sebagai
suatu yang seharusnya dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana
kelebihan kejadian sifat manusia yang dianugerah akal dan budi disamping nafsu. Kemanusiaan
juga dilihat dari sudut sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau
sesuatu yang jahat dan buruk. Dalam konteks perbincangan ini, unsur
kemanusiaan akan dilihat dari kedua-dua sudut di atas.
Dengan
lain perkataan, unsur kemanusiaan dilihat dari sudut;
1.
Sifat-sifat positif atau nilai-nilai baik, murni yang mengutamakan
nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti adil, berbudi
bahasa, berjasa, bertimbangrasa,nasihat menasihati atau pengajaran.
2.
sifat-sifat negatif atau yang jahat dan buruk yang mengenpikan
nilai-nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti sifat
kejam dan gangs, perasaan dendam dan iri hati, pemarah dan emosinal,
curang (belot), tamak haloba, cemburu dan zalim.
Meneliti
unsur-unsur kemanusiaan dalam Sejarah Melayu dapat dilihat daripada sudut;
i. Perbuatan
atau tingkah laku.
ii. Kata-kata
atau dialog watak.
Kedua-dua
sudut di atas biasanya akan melibatkan golongan raja dan pembesar-pembesar
kerana peristiwa atau kisah dalam Sejarah Melayu adalah bersifat
"istana-centrik". Jadi penglibatan golongan raja dan pembesar jelas
dalam urusan pentadbiran negeri serta yang melibatkan peranan mereka dalam
hubungan sesebuah kerajaan. Dengan lain perkataan, penelitian unsur-unsur
kemanusiaan dalam konteks perbincangan di sini akan berkait secara langsung
dengan penglibatan dan peranan golongan istana (raja dan pembesar)
dengan pemerintahnya.
KEMANUSIAAN
YANG POSITIF (MENGUTAMAKAN NILAI KEMANUSIAAN)
1.
Sejarah Melayu menyebut dengan jelas tentang beberapa orang raja dan pembesar
Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat adil dan bijaksana.
Mereka mengutamakan tanggungjawab dan amanah sebagai ketua negara bagi
menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai.
2. Sifat
dan kelakuan Berbudi Bahasa juga merupakan salah satu sifat yang amat
mulia.
Bendahara
Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa tinggi. Walau pun
ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan peribadinya kerana enggan menolong
Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan Pasai itu
enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi apabila ditanya
oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan peribadi Hang Tuah
sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan kemuliaan budi Bendahara
Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah datang memohon maaf dan sujud di
kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang Tuah.
3.
Berjasa dan Berbakti : Dalam konteks pemerintahan feudal raja memilik
kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh
taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan
di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi anugerah atau kurnia
sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga seperti emas, permata
atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran tertentu.
4. Memberi
Nasihat dan Pengajaran : Nasihat menasihati antara satu dengan yang lain
amatlah dituntut dalam mengatur kehidupan agar tidak tergelincir daripada
landasan kemanusiaan yang mumi dan abadi. Golongan tua biasanya bertindak
sebagai penunjuk ajar, memberi pengajaran kepada yang lebih muda dengan
harapan tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas-batas kemanusiaan serta
dapat berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban kepada golongan
masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan pengajaran ke arah kebaikan demi
kesejahteraan hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah jenis wasiat amat
kaya dengan unsur nasihat dan pengajaran.
5.Keimanan
dan Ketakwaan : Sifat-sifat ini berkait dengan amalan agama Islam. Dengan
mengamalkan sifat ketakwaan manusia akan hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah
Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan soal-soal keimanan ini
diceritakan terutama dalam episod-episod seperti Raja dan pembesar Melaka
menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang datang dari Judah. Sultan
Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pemah belajar agama pada Makhdum Sadar
Jehan.
No comments:
Post a Comment