VIDEO PUISI CERMIN ADAB (Tun Fatimah Dipasung Rindu)
Tuesday, May 29, 2018
LATAR BELAKANG TUN SERI LANANG

Tun Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tun Seri Lanang telah dilahirkan dalam tahun 1565M di Seluyut, Johor Lama. Di Johor Lama beliau telah dilantik sebagai bendahara kepada dua sultan iaitu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II tahun 1570M hingga 1597M dan Sultan Alauddin Shah III tahun 1597M hingga 1612M. Semasa di Aceh pula, selain berkhidmat sebagai penasihat kepada tiga rajanya, Tun Seri Lanang sendiri pernah berperanan sebagai pemerintah, menjadi raja kenegerian Samalanga, iaitu sebuah wilayah jajahan dalam kesultanan Aceh Darussalam, memerintah selama lebih 40 tahun lamanya, iaitu suatu tempoh yang panjang untuk memberikan impak yang besar kepada pemerintahannya. Dalam hal ini, Tun Seri Lanang sememangnya diketahui meninggalkan warisan-warisan agama, budaya dan keturunan pemerintah, yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Samalanga. Pada Mei 1612M, Tun Seri Lanang telah menerima titah raja Abdullah atau Yang dipertuan di Hilir untuk mengarang Sulalatus Salatin iaitu semasa Raja Abdullah bersemayam di Pasir Raja atau dikenali Pekan Tua. Semenjak tahun 1613M, Sultan Aceh Darusssalam yang terkenal iaitu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636M) telah membuat serangan ke atas banyak negeri-negeri Melayu termasuk Johor Lama, Pahang Lama, Perak dan kerajaan-kerajaan lainnya, dibuat sebagai strategi Sultan Iskandar Muda untuk menghambat pengaruh dan kuasa Portugis dari kepulauan Melayu serta meluaskan kepentingan kerajaannya yang besar. Pada 1659M, Tun Seri Lanang telah meninggal dunia di Samalanga, Aceh dan zuriatnya berterusan menjadi pemeritah otonomi di sana manakala sebahagian zuriatnya kembali ke Johor lalu ditakdirkan menjadi Raja-raja Melayu khususnya di Pahang, Terengganu dan Johor Moden sehingga ke hari ini. Makam Tun Seri Lanang telah dipagar dan dijaga oleh pihak berkuasa di Samalanga dan sentiasa dikunjungi oleh peminat dan pengkaji sejarah, khususnya dari Malaysia dan Indonesia.
RINGKASAN BAB 1
Bab ini menceritakan tentang Raja
Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi. Raja
Kida Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain. Kemudian Raja
Iskandar berkahwin dengan Puteri Syahrul-Baryah, anak Raja Kida Hindi dan
mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah. Raja Suran iaitu keturunan
Raja Iskandar memerintah negeri Amdan Nagara dan baginda ingin menyerang China
untuk meluaskan jajahan takluknya. Raja Suran sampai ke Gangga Nagara dalam perjalanan
ke China dan berjaya menewaskan Raja Gangga Syah Johan dan baginda berkahwin
dengan Puteri Dara Segangga. Setelah itu, Raja Suran sampai di negeri Langgiu
dan baginda telah menewaskan Raja Chulan. Raja Suran kemudiannya mengahwini
Puteri Onang Kiu.
Apabila Raja Suran berada
di Temasik, orang China telah membuat muslihat dengan menghantar orang-orang
tua yang tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah
kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China. Raja Suran
turun ke laut dan apabila sampai di negeri Dika maka baginda berkahwin dengan
Puteri Mahtabul Bahri, anak raja Aktabu’l-Ard. Raja Suran dikurniakan tiga
orang anak dengan Puteri Mahtabul Bahri dan telah mewasiatkan supaya Raja
Aktabu’l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa. Setelah itu, maka
Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan.
RINGKASAN BAB 2
Bab ini menceritakan tentang
anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu’l-Ard, iaitu Nila
Pahlawan, Nila Utama dan Krisyna Pandita telah dewasa dan dihantar ke dunia
dengan menaiki lembu putih. Anak-anak Raja Suran telah muncul di Bukit
Siguntang pada waktu malam dan menyebabkan padi Wan Empuk dan Wan Malini
berbuahkan emas, daunnya menjadi perak dan batangnya menjadi suasa. Daripada
peristiwa itu, telah wujud perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan
anak-anak Raja Suran. Lembu putih yang dinaiki anak-anak Raja Suran telah
memuntahkan buih lalu keluarlah seorang lelaki yang diberi nama Batala. Nila
Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi raja di
Tanjung Pura manakala Nila Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang. Nila
Utama atau Seri Teri Buana ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi
ayahnya Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu
akhirnya dimaterai untuk menjaga perhubungan raja dengan rakyat. Maka Seri Teri
Buana dan Raden Ratna Cendera Puri berkahwin serta didapati bahawa isterinya
itu tidak kedal. Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan
diambil oleh Wan Seri Beni sebagai anak angkat. Seri Teri Buana kemudian
berburu di Bengkilau dengan pembesar-pembesar Bintan dan Seri Teri Buana
terlihat satu tempat iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu. Walaubagaimanapun,
kenaikan iaitu bahtera Seri Teri Buana dipukul ribut dalam perjalanan ke
Temasek dan ribut itu reda setelah baginda meletakkan mahkotanya di air.
Setelah itu, Seri Teri Buana telah membuka negeri di Temasek dan diberi nama
Singapura berdasarkan nama singa. Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja
Singapura yang pertama oleh Wan Seri Beni.
RINGKASAN BAB 3
Seri Teri Buana menghantar
rombongan peminangan ke benua Keling untuk meminang Puteri Nila Pancadi
untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar. Seri Teri Buana mangkat dan
diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira.Paduka Seri
Pikrama Wira melantik beberapa jawatan penting seperti
Bendahara, Menteri, Penghulu Bendahari, dan Hulubalang. Betara Majapahit
telah menghantar utusan ke Singapura dengan bingkisan "Sekeping
tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan
bergulung seperti subang". Paduka Seri Pikrama Wira tersalah anggap
dan bertindak membalas utusan itu dengan mencukur kepala seorang budak dan
beliungnya dihantar ke Majapahit.Terjadi peperangan antara Singapura
dengan Majapahit tetapi Singapura tidak kalah.Kemangkatan Paduka Seri Pikrama
Wira. Raja Muda dilantik menjadi raja Singapura dengan gelaran Rakna Wikrama.
Badang menahan lukah tetapi
ikannya dimakan hantu. Badang dapat menangkap hantu itu
tetapi hantu meminta Badang melepaskannya dan permintaan Badang akan
ditunaikan. Badang meminta kekuatan dan Badang terpaksa makan
muntah hantu itu. Badang menjadi kuat dan dapat menebas hutan dalam
masa yang singkat sehingga dimerdekakan oleh
tuannya.Badang mengalahkan pahlawan dari Benua Keling bernama Nadi
Bija Niakra. Badang hampir-hampir berlawan dengan Benderang, iaitu pahlawan
dari Perlak tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan alasan
tidak mahu terjadi permusuhan pada kemudian hari. Seri Rakna
Wikrama mangkat dan digantikan oleh anak baginda dengan gelaran
Paduka Seri Maharaja.
Merah Silu menahan lukah dan
selalu mendapat cacing gelang-gelang. Apabila direbus cacing gelang-gelang itu
bertukar menjadi emas. Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu
melarikan diri ke Rimba Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan
menamakan tempat tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang
dilihatnya. Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat
Semundra. Tugas itu dilaksanakan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad yang
datang ke Semundra. Fakir Muhammad mengislamkan penduduk-penduduk di
Fansuri, Haru, Lamiri, dan Perlak. Fakir Muhammad berjumpa Merah Silu di pantai
dan mengislamkan beliau dan menukarkan namanya kepada Sultan
Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-Salleh mendapat dua orang putera iaitu
Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur.
Sultan Maliku't-Tahir dirajakan
di Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din menjadi Mangkubuminya. Sultan
Maliku's-Salleh gering dan mewasiatkan kepada anak-anak baginda supaya
berbaik-baik dan Semundra diperintah oleh Sultan Maliku'l-Mansur.Raja
Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu
melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang
yang gagah di dalam empat buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala
ayam oleh raja Syahru’n-Nuwi. Sidi Ali Ghiatu’d Din bermuafakat dengan mentari
untuk membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din berusaha untuk
menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Beliau telah memberikan
hadiah berharga kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja Syahru'n-Nuwi berjanji
akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din sebagai
balasan. Sidi Ali Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai daripada
raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda. Raja Pasai dibawa
pulang.
Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke
Pasai untuk melawat Sultan Maliku't-Tahir walaupun ditegah
oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din. Sultan Maliku'l-Mansur mengambil
dayang Sultan Maliku't-Tahir dan dibawa pulang ke Semundra. Saltan
Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-Mansur dan berusaha
untuk menangkapnya.Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu muslihat berjaya
menangkap Sultan Maliku'l-Mansur. Sidi Asma Yaumi'd-Din dipenggal
lehernya dan kepalanya dibuang ke laut manakala Sultan' Mlaliku'l-Mansur
dibawa berperahu ke Manjung. Sultan
Maliku'l-Mansur berjumpa dengan kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din dan
baginda meminta badan Sidi Asma Yaumi'd-Din untuk dicantumkan dengan
kepalanya kemudian dikebumikan di Padang Maya. Sultan Maliku’t-Tahir menjumput
Sultan Maliku'l-Mansur pulang kerana baginda menyesal bermusuh-musuhan
dengan saudara sendiri.Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur
Sidi Asma Yaumi'd-Din.
RINGKASAN BAB 4
Tuan Jana Khatib dari Pasai
datang ke Singapura. Apabila lalu berhampiran istana raja, beliau menilik
batang pinang sehingga terbelah dua. Paduka Seri Maharaja murkakan Tuan Jana
Khatib dan menganggap Tuan Jana Khatib sengaja menunjukkan kepandaian di
depan isteri baginda. Tuan Jana Khatib dibunuh dan badannya ghaib ke
Lengkawi.
Todak menyerang Singapura
dan ramai rakyat mati. Seorang budak mencadangkan agar digunakan batang pisang
sebagai penahan serangan todak dan menghasilkan kejayaan.
Budak itu dibunuh kerana
disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu ketika nanti.
Paduka Seri
Maharaja mangkat dan digantikan oleh Raja Iskandar Syah. Anak Sang
Rajuna Tapa difitnah berbuat jahat dengan lelaki lain dan dihukum
sula oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa marah akan
tindakan Raja Iskandar Syah
dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura dan beliau sedia
membantu Majapahit.
Singapura dapat dikalahkan oleh
Majapahit dan Raja Iskandar Syah melarikan diri ke hulu Muar, manakala Sang
Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu.
Raja Iskandar Syah menemui
beberapa tempat, seperti Biawak Busuk dan Kota Buruk. Raja Iskandar
Syah membuka Melaka berdasarkan peristiwa pelanduk putih
menendang anjing perburuan. Peristiwa itu dilihat dari bawah pokok
Melaka. Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda, Raja
Muda. Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya
digantikan pula oleh Raja Kecil Besar selepas kemangkatan Raden
Tengah. Syed Abdul Aziz datang ke Melaka dan mengislamkan pendudukan Melaka.
Sultan Muhammad Syah menetapkan adat kepada rakyat untuk membezakan raja
dengan rakyat. Pembesar-pembesar istana juga dikenakan peraturan-peraturan
tertentu supaya dapat mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka.
Mani Purindan ke Melaka dari
benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna Sandari. Mereka dikurniakan dua
orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muharnmad Syah berkahwin
dengan Tun Ratna Wati dan mendapat seorang anak iaitu Raja Kassim.
SultanMuhammad Syah juga berkahwin dengan anak raja Rekan, mendapat
seorang anak iaitu Raja Ibrahim. Selepas kemangkatan Sultan Muhammad
Syah, Raja Ibrahim menjadi sultan dengan gelaran Sultan
Abu Syahid sementara itu Raja Kassim diusir dari istana. Raja Kassim menyamar sebagai
nelayan dan bermuafakat dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk merebut takhta
kerajaan Melaka. Perebutan takhta berlaku sehingga Raja Rekan
dan Sultan Abu Syahid terbunuh. Raja Kassim ditabal menjadi raja
bergelar Sultan Muzaffar Syah. Bendahara Seri Wak Raja membunuh
diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak menyukainya. Seri Nara
Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara manakala, Tun Perak, iaitu
anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di Kelang.
RINGKASAN BAB 5
Sultan Muzaffar Syah mengumpulkan
rakyat menghadapi serangan Siam. Tun Perak membawa
angkatan dari Kelang bersama anak isteri mereka sekali. Awi
Cakri menyerang Melaka tetapi tidak dapat
menewaskan Melaka.Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka sehingga diiantik
menjadi menteri. Rakyat Melaka berpecah belah, satu berpihak
kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan ini
membimbangkan Sultan Muzaffar Syah. Sultan Muzaffar
Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara
Diraja. Hal ini bertujuan mendamaikan Melaka. Tun Perak menjadi
Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja manakaia Tun Ali menjadi
Seri Nara Diraja, memegang jawatan Penghulu
Bendahari. Siam menyerang Melaka buat kali kedua di bawah
pimpinan Awi Dicu. Tun Perak meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di
tepi pantai. Awi Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam.Tuan
Saidi Arab memanah Cau Panden dari Melaka. Cau Panden yang hendak
menyerang Melaka mati di Siam. Sultan Muzaffar Syah mangkat dan
digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah menitahkan
Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka menyerang Indera Pura. Raja Indera Pura,
iaitu Maharaja Dewa Sura ditangkap manakala, puteri baginda, iaitu
Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur
Syah berkeinginan bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera
serta Tun Telanai dititahkan ke Siam. Orang tua dari Melaka berjaya
menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan raja Siam. Tun Telanai dan
Menteri Jana Putera juga berjaya membuat tipu helah sehingga berjaya
mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah
matahari mati.
RINGKASAN BAB 6
Seorang penyadap menjumpai seorang
budak hanyut dan diberi nama Ki Mas Jaya.
Patih Aria Gajah
Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih
suami supaya dapat menjadi Betara Majapahit. Penyadap
membayangkan Ki Mas Jaya akan menjadi Betara Majapahit, dan penyadap
mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria Gajah Mada sekiranya perkara
itu terjadi. Pada hari pemilihan calon suami, Puteri Raden Galoh Awi
Kesuma memilih Ki Mas Jaya sebagai suami. Penyadap menagih
janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya Ningrat
keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada. Satu jawatan baru
yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi
Kara dan diberikan kepada penyadap.
Sultan Mansur Syah
ingin meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang
Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma. Rombongan
Melaka sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaian.
Tun Bija Sura dapat menyelamatkan keris, mencuri keris
Betara Majapahit, menari "sapu-sapu rengit", dan menggertak
anjing yang ditambat berhampiran utusan Melaka. Sultan Mansur
Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana. Kuda
Sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan oleh Hang Tuah.
Hang Tuah difitnah
bermukah dengan dayang raja sehingga sultan menitahkan Hang Tuah
dibunuh. Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah di sebuah
dusun.
Orang-orang Melaka yang diketuai
oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China setelah makan
kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat. Puteri Hang
Liu berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh
Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada
raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei
dan dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak
menyembah China. Raja China mendapat sakit kedal setelah disembah
oleh Sultan Mansur Syah dan ubatnya ialah air basuh kaki Sultan
Mansur Syah. Raja China sembuh daripada penyakitnya setelah menyantap dan
membasuh muka dengan air basuh kaki raja Melaka.
RINGKASAN BAB 7
Hang Jebat mengamuk di
istana Melaka kerana membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Sultan
Mansur Syah mengenang-ngenang akan Hang Tuah memandangkan tidak ada
sesiapa yang berjaya menewaskan Hang Jebat. Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa
Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah dibawa pulang. Hang Tuah bertikam
dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah diberikan
gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur
Syah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar dan
banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara
agar dibuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama
rakyat. Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka
Raja menjaga anak-anaknya. Bendahara Paduka Raja terlihat suatu
cahaya dari langit turun ke kepala Tun Mutahir. Tun Tahir dijadikan Seri
Nara Diraja, iaitu Penghuiu Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi Temenggung
bergelar Seri Maharaja.
Melaka menyerang Kampar
dan Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara Diraja manakala, Khoja Baba
dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi Kampar. Melaka menyeranag Siak
dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara dibunuh oleh Akhtiar Muluk
manakala, Megat Kudu, anak Maharaja Parameswara ditawan. Sultan Mansur
Syah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi dengan Megat Kudu kemudian
Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim. Tun
Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola
sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad.
Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi
ditegah oleh Bendahara. Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di
Pahang memandangkan tidak ada yang menyembah Raja Muhammad di Melaka.
Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng
Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki merompak mencari perempuan di Ujung
Tanah. Semerluki merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan
Mansur Syah lalu menyuruh Laksamana menghalang Semerluki. Orang-orang
Melaka berperang dengan tentera Semerluki dan ramai orang Melaka
mati. Laksamana berjaya menewaskan Semerluki.
Maulana Abu Bakar membawa
kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah dan ramai pembesar
Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar. Sebelum itu kitab itu dirujuk dan
diterjemahkan di Pasai. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke
Pasai merujuk masalah agama dan masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.
RINGKASAN BAB 8
Raja
Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan
diberi nama Pau Gelang. Setelah raja Cempa mangkat, Pau Gelang
dilantik sebagai raja Cempa. Cucu Pau Gelang berkahwln dengan
puteri Majapahit, Raden Galuh Ajeng danberanak raja-raja Cempa sehinggalah
Pau Kubah. Pau Kubah tewas berperang dengan raja Kuci. Syah Indera Berma,
iaitu anak raja Cempa lari ke Melaka. Sultan Zainal Abidin dari
Pasai melarikan diri ke Melaka selepas adindanya merampas takhta. Orang-orang
Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin
berjaya menaiki takhta semula. Sultan Zainal Abidin enggan
menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja, pulang ke Melaka
dengan rasa kecewa. Laksamana mengajak Bendahara merajakan semula Sultan
Zainal Abidin tetapi Bendahara enggan. Sultan Mansur Syah murkakan Bendahara.
Manakala, Laksamana pula memburuk-burukkan Bendahara ketika di Pasai. Bendahara
memuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan apabila Laksamana mengetahui
pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi berjumpa Bendahara untuk
meminta maaf.
Raden Kelang dibunuh oleh orang
mengamuk di Melaka. Sultan Mansur Syah gering dan memberi
wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat. Sultan Mansur
Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan
Alau'd Din Riayat Syah. Melaka diancam pencuri sehingga Sultan
Alau'd-Din Riayat Syah bertindak menyamar diri untuk membanteras
pencuri-pencuri. Temenggung Seri Maharaja bertindak keras dengan mengetatkan
undang-undang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah membuat undang-undang
mencuri dikudungkan tangan manakala, di simpang empat di tengah negeri
dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai.
Raja Pahlawan dari
Haru mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut
'sembah'. Ramai orang Pasai mati. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menyuruh
pahlawan Melaka menghalang orang-orang
Haru. Pertempuran berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang
Haru. Berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.Raja Maluku dan
Telanai Terengganu datang ke Melaka. Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan
Muhammad, iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai
Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda. Sultan
Alau'd-Din Riayat Syah mendapat tahu perkara itu dan menitahkan
pahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan Muhammad membunuh
Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja Muhammad juga ingin
menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan Sultan Alau'd-Din
Riayat Syah untuk menyerang Pahang. Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk
menyelesaikan masalah itu. Laksamana Hang Tuah ke Pahang dan menyuruh
orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja. Apabila
ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai Terengganu, Sultan Muhammad berdalih
dengan mengatakan Telanai Terengganu berlaku biadap.
RINGKASAN BAB 9
Tun Jana Pakibul
membunuh orang di Siak atas suruhan Sultan
Ibrahim dan tidak memberitahu ke Melaka. Laksamana Hang Tuah dihantar
ke Siak dan di sana beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana
membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka. Sultan Alaud'Din Riayat
Syah gering dan baginda memberi wasiat kepada
pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan menasihati beliau
kerana beliau masih kecil. Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka
setelah Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat.
Sultan
Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja
dan Laksamana Hang Tuah. Apabila sembuh, Bendahara dan Laksamana
dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara tidak menggunakannya.
Bendahara Paduka Raja sakit dan memberi wasiat kepada
anak cucunya. Beliau menasihatkan Sultan Mahmud Syah agar jangan ikut nafsu dan
jangan mendengar fitnah. Bendahara Paduka Raja mati dan
digantikan oleh Bendahara Tun Perpatih Putih.
Sultan Mahmud
Syah mengganggu isteri Tun Biajid dan baginda hampir-hampir
dibunuh oleh Tun Biajid. Sultan Mahmud Syah
juga mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali Sandang berada
di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang.
Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud
menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan
dibunuh oleh Seri Wak Raja. Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan
Mahmud kerana lambat datang pada hari raya. Sultan Mahmud menitahkan
Paduka Tuan menyerang Manjong. Manakala, Seri Maharahaja menyerang
Kelantan. Kedua-dua serangan itu berhasil.
RINGKASAN BAB 10
Bendahara Putih mati dan
digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda Sultan
Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara. Kedatangan Patih Adam dari
Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin berkahwin
dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih Adam menuntut
janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam
dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya.Setelah kemangkatan
permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan agar dipinang Puteri Gunung
Ledang. Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia ke Gunung Ledang. Tun
Mamad berjumpa Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke
Gunung Ledang itu. Seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan
menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung
Ledang. Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, Sultan Mahmud membatalkan
niat baginda meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup
menumpahkan darah anakanda baginda. Orang-orang Melaka menjadikan orang
Inderagiri di Melaka sebagai hamba sehingga mereka ingin pulang ke negeri
mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa pulang ke Inderagiri.
Hang Nadim diarahkan ke benua
Keling untuk membeli kain serasah. Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak
kain dikagumi. Hang Nadim pulang ke Melaka tetapi kapal yang
dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap disumpah oleh seorang
wali. Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa balik
kain yang diingini baginda. Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh
Laksamana Khoja Hassan.
RINGKASAN BAB 11
Sultan Abdul
Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu
kemangkatan ayahanda baginda. Sultan Mahmud berasa sedih dan
menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal
Syah. Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan
Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul
Jamal. Hang Nadim ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke
Melaka. Hang Nadimberjaya melarikan Tun Teja setelah
berbaik-baik dengan perempuan tua tukang urut. Hang Nadim berjaya
mengalahkan serangan Pahang di laut. Sultan Abdul Jamal ingin
menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening. Laksamana Khoja Hassan ke Pahang
dan melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat
menewaskan angkatan Pahang yang menyerangnya di laut. Sultan Abdul
Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan oleh
anakanda baginda, Sultan Mansur Syah. Raja Zainal, iaitu adinda kepada
Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan
gadis dan perempuan di Melaka. Sultan Mahmud mahu supaya Raja
Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat.
Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah
dengan Sang Guna. Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh
Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar
rumah.
RINGKASAN BAB 12
Raja Legor ingin
menyerang Pahang atas suruhan raja Siam. Bendahara Seri
Maharaja dititahkan ke Pahang
untuk membantu Pahang. Orang-orang Melaka menyiapkan kubu
pertahanan di Pahang. Terjadi peperanganantara orang Legor
dengan Pahang tetapi Pahang tidak dapat ditewaskan. Tun Perpatih Hitam dan
Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di hadapan
Bendahara. Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya
menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai
Petani dan menjadi raja di sana. Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di
Melaka. Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan nobat.
Kedatangan Peringgi ke
Melaka dan bentuk fizikal mereka menghairankan orang-orang Melaka.
Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo Periera tetapi
gagal menewaskan Melaka. Maulana Sadar Jahan datang ke
Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun Mai Ulat
Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan
memarahi beliau yang susah menyebut perkataan bahasa Arab. Sultan
Mahmud menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai merujuk soal
agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.
RINGKASAN BAB 13
Bendahara Seri Maharaja
hendak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja Dibaruh
menasihatkan agar Bendahara menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud
terlebih dahulu tetapi Bendahara enggan kerana darjat keluarganya
rendah jika dibandingkan dengan Sultan Mahmud.Bendahara mengahwinkan
anaknya dengan Tun Ali. Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara setelah
melihat kecantikan Tun Fatimah. Ali Manu Nayan ingin memberi
rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau. Anak-anak
buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada
saudagar-saudagar kaya di Melaka.
Nina Sura Dewana dan Raja
Mendaliar bertelagah dan meminta Bendahara
menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana hari sudah
petang. Nina Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara Seri
Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul. Si Kitul memberitahu
Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emas kepada
Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar. Raja Mendeliar
memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan memberitahu bahawa Bendahara
Seri Maharaja ingin menderhaka. Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan
Mahmud dan Sultan Mahmud bercadang untuk membunuh Bendahara kerana selama ini
baginda memang berdendam dengan Bendahara
kerana Tun Fatimah. Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja,
Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali dibunuh oleh Sultan Mahmud.
Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun sudah tua dan uzur.
Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah menggugurkan kandungan selepas
berkahwin dengan Sultan Mahmud.Sultan Mahmud turun dari takhta dan
digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan Sultan Ahmad pula merupakan
seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih kasih.
RINGKASAN BAB 14
Peringgi
menyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque tetapi
serangan kali pertama Peringgi ke atas Melaka gagal. Orang-orang
Melaka membaca hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat kerana
Peringgi akan menyerang lagi.
Berlaku pertempuran
hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka sehingga
orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud melarikan
diri hingga ke Pahang. Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana
baginda tidak menghormati pembesar-pembesar dan digantikan oleh Raja Muzzafar.
Tun Fatimah melahir seorang anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran
Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah. Peringgi menyerang Bintan dan Sultan
Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.
RINGKASAN BAB 15
Sultan
Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan
Sultan Mahmud Syah dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang
dan berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah. Sultan
Alaud'-Din Ri'ayat Syah membuka sebuah negeri di Kuala Johor. Raja Omar,
iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan Raja
Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan Muzzafar
Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan
baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut. Raja Omar menceraikan isteri
pertamanya setelah Raja Fatimah hamil, manakala Sultan Muzaffar Syah jatuh hati
dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur. Kemangkatan Sultan Muzaffar
dan digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syah kemudian digantikan pula
oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil
Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan kemudiannya ke negeri
Makam Tauhid. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan
oleh Raja Martgsur dengan gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan
Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran
negeri dari Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.
PERSOALAN YANG TERDAPAT DALAM TEKS SEJARAH MELAYU
PERISTIWA
HANG TUAH DIHUKUM BUNUH
Kesetiaan
rakyat kepada raja
Hang Tuah
telah difitnah bermukah dengan seorang dayang raja. Walaupun Hang Tuah
menyedari bahawa dirinya difitnah, dia tetap menerima hukuman bunuh yang
dijatuhkan ke atasnya oleh raja Melaka dengan hati yang rela.
PERISTIWA
BAKAT KEBIJAKSANAAN TUN PERAK
Kebijaksanaan
dalam menyelesaikan masalah.
Tun Perak
memberi idea untuk membawa anak dan isteri ke medan perang untuk meramaikan
jumlah hulubalang Melaka. Di samping itu, Tun Perak juga mencadangkan agar
memasang puntungan api dan diikat di sepanjang pokok agar apabila Siam melihat
barah api tersebut, mereka beranggapan barah api yang banyak itu merupakan
pasukan Melaka dan akhirya mereka berundur dan tidak jadi menyerang Melaka.
PERISTIWA
HANG TUAH MENGALAHKAN TAMING SARI
Keberanian
menentang musuh
Taming
Sari membuat kekecohan dan membunuh ramai orang dan sesiapa yang menghalangnya
akan dibunuhnya. Akhirnya, Taming Sari naik ke atas perseban dan menikam segala
raja yang ada di situ dan Hang Tuah berusaha melindungi raja Melaka. Hang Tuah
pada masa itu berharap Patih Gajah akan mengalahkan Taming Sari. Namun, berlaku
sebaliknya dan demi melindungi raja Melaka, Hang Tuah telah bertindak untuk
mengalahkan Taming Sari yang sedang mengamuk pada masa itu. Akhirnya, dia
berjaya mengalahkan Taming Sari. Peristiwa tersebut membuktikan Hang Tuah
merupakan salah seorang pahlawan yang berani.
PERISTIWA
KITAB DURI’L MAZLUM
Ketinggian
ilmu agama dalam kehidupan.
Hal ini
dapat dibuktikan melalui peristiwa yang terdapat dalam Sulalatus Salatin iaitu
seorang pendeta yang bernama Maulana Abu Ishak yang amat arif dalam ilmu
tasawuf telah mengarang kitab Duri’l-Mazlum dan mengajarkan kepada anak
muridnya Maulana Abu Bakar dan menghantarnya ke Melaka untuk memberikan fatwa.
Kitab tersebut diterima baik oleh Sultan Mansur Syah dan banginda juga
menghantar kitab tersebut ke Pasai untuk diberikan erti. Kesemua orang besar
Melaka berguru kepada Maulana Abu Bakar kecuali kadi Melaka yang bernama Kadi
Yusuf. Namun, pada suatu hari ketika kadi hendak pergi solat Jumaat beliau
ternampak Maulana Abu Bakar dikelilingi cahaya, melihat perkara tersebut tuan
kadi menyembah kaki Maulana Abu Bakar dan menjadi anak muridnya. Peristiwa ini
memperkukuhkan lagi persoalan ketinggian ilmu agama dalam kehidupan.
PERISTIWA
LANGKAH MEMBASMI PENCURI
Tanggungjawab
seorang pemimpin terhadap rakyatnya.
Sifat
bertanggungjawab ini boleh dilihat pada Sultan Alaudin Riayat Shah dalam
peristiwa membasmi pencuri. Sultan Alaudin Riayat Syah menyamar dan keluar
untuk melihat keadaan negerinya. Baginda turut serta bersama Hang Isap dalam
mengalahkan pencuri dan baginda juga membina balai di simpang empat di tengah
negeri bagi membolehkan orang ramai meletakkan semua harta yang diperoleh dan
ditemui daripada pencuri agar dapat diambil semula oleh tuannya. Tindakan
baginda telah menunjukkann bahawa dia seorang pemerintah yang melaksanakan
tanggungjawabnya dengan baik.
TEMA SEJARAH MELAYU
Sejarah melayu bertemakan kisah raja-raja Melayu yang memerintah
Negeri-negeri Melayu dan segalaadat istiadat yang menunjukkan satu
tatacara pentadbiran menurut etika adat yang bersandarkankepada ajaran islam.
HUBUNGAN MELAKA DENGAN SIAM
Melaka
menghantar utusan ke Siam yang terdiri daripada Tun Telanai dan Menteri Tun
Jana Putera. Hubungan Melaka dengan Siam dikatakan sepi, “tidak berkelahi dan
tidak berdamai." Melaka ingin bersahabat dan berbaik-baik dengan Siam
lalu menghantar utusan sebagai suatu tanda menghulur
persahabatan. Di Siam, utusan dan rombongan Melaka diterima dengan
baik. Raja Siam bertanya makna "Mansur Syah". Utusan Melaka
memberitahu makna Mansur Syah "raja yang ditolong Allah daripada segala
seterunya."
Dipertontonkan kehebatan orang Melaka melalui pertunjukkan lembing. Seorang Suir tua, berpenyakit untut di kaki, bermain lembing, dilambung-lambung, ditahan belakang tetapi tidak luka sebaliknya terpelanting ke tanah.
Dipertontonkan kehebatan orang Melaka melalui pertunjukkan lembing. Seorang Suir tua, berpenyakit untut di kaki, bermain lembing, dilambung-lambung, ditahan belakang tetapi tidak luka sebaliknya terpelanting ke tanah.
Rombongan
Melaka membantu Siam dengan menentang musuh Siam. Rombongan Melaka berjaya
meyakinkan Siam supaya mereka hanya akan menentang musuh yang lebih lebih lemah
dan terselamat daripada menghadapi musuh yang lebih kuat dari arah matahari
naik. Dengan kebijaksanaan itu, mereka berjaya mengalahkan musuh-musuh Siam.
Siam menaruh kepercayaan dan keyakinan pada Melaka sebagai negeri yang kuat dan
negeri besar yang setaraf dengan kebesaran Siam. Melaka berjaya dalam usahanya
berbaik- baik dengan Siam. Langkah ini dapat menjamin keutuhan Melaka serta
meningkatkan kedudukan Melaka setanding dengan kebesaran Siam. Tumpuan dapat
diberikan kepada usaha-usaha membangunkan Melaka.
HUBUNGAN MELAKA DENGAN MAJAPAHIT
Kisah
hubungan Melaka dengan Majapahit berupa cerita berunsur anakronisme. Melaka
telah menghantar rombongan ke Majapahit kerana Sultan Mansur Syah jatuh berahi
kepada Puteri Majapahit, Raden Galuh Cendera Kirana yang terkenal cantik.
Dengan itu rombongan itu berhasrat meminang puteri Majapahit itu.Rombongan
Melaka terdiri daripada Sultan Mansur Syah, Tun Bijaya Sura, Hang Tuah bersama
Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang
Hassan dan Hang Hussin. Mereka menaiki 500 buah perahu besar, perahu-perahu
kecil dan lancaran bertiang tiga dari Singapura. Ketika di Majapahit, Tun
Bijaya Sura dapat selamatkan 40 keris daripada dicuri orang Majapahit. Selain
itu Tun Bijaya Sura telah menggertak anjing yang ditambat di hadapan raja
Melaka hingga terputus tali tambatan lalulari ke hutan. Hang Jebat dan Hang
Kasturi pula masuk ke taman larangan. Apabila mereka ditombaki oleh Jawa,
mereka dapat mematahkan serangan. Ketika mengadap Betara Majapahit, Tun Bijaya
Sura bermain sapu-sapu rengit. Kain disingsing ke lutut. Pemain berlenjur kaki
di depan Betara yang bertujuan menghina Betara. Tun Bijaya Sura diminta
berpakaian cara Jawa.Ketika itulah kerisnya dicuri orang. Walau bagaimanapun
beliau dapat menyendal keris Betara Majapahit. Apabila Betara menunjukkan keris
Tun Bijaya Sura, Tun Bijaya Sura juga menunjukkan keris Betara.
Setelah menguji kekuatan Melaka, Majapahit mengakui keutuhan Melaka. Kekuatan dan kebijaksanaan hulubalang Melaka melambangkan kebesaran raja Melaka. Majapahit mengakui kekuatan Melaka. Setuju menerima raja Melaka sebagai menantu. Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Majapahit lebih kukuh kerana diasaskan kepada hubungan kekeluargaan.
Setelah menguji kekuatan Melaka, Majapahit mengakui keutuhan Melaka. Kekuatan dan kebijaksanaan hulubalang Melaka melambangkan kebesaran raja Melaka. Majapahit mengakui kekuatan Melaka. Setuju menerima raja Melaka sebagai menantu. Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Majapahit lebih kukuh kerana diasaskan kepada hubungan kekeluargaan.
HUBUNGAN MELAKA DENGAN CHINA
Rombongan
pertama dari Melaka ke China diketuai oleh Tun Perpatih Putih. Rombongan ke
China kali pertama ini bertujuan untuk membalas bingkisan dan surat yang
dihantar oleh raja China. Raja China telah menghantar "surat" dan
bingkis berupa jarum sarat sebuah pilau yang memberi maksud akan kebesaran
China dan rakyatnya ramai. Melaka membalas dengan membawa pilau yang sarat
diisi sagu rendang. Di China, Tun perpatih Putih memberitahu cara buat
sagu. Setiap seorang rakyat Melaka menggentel sagu seorang sebiji. Jumlah sagu
dlam pilau itu melambangkan jumlah rakyat Melaka. Tun Perpatih Putih memakai 10
bentuk cincin pada kesepuluh jari kiri dan kanan. Sewaktu menghadap,
pembesar-pembesar China menjeling pada jari beliau. Beliau akan memberi cincin
itu pada pembesar China yang menjeling jarinya. Tun Perpatih Putih memberitahu
makanan kegemaran orang Melaka islah sayur kangkung tidak dikerat-kerat. Ketika
makan, rombongan Melaka terpaksa mendongak untuk menyuap kangkung yang tidak
dikerat itu ke mulut. Muslihat ini bertujuan ingin lihat wajah Maharaja China dalam
mongkor kaca. Sebagai menghargai raja Melaka, Raja China menghantar Puteri
Hang Liu untuk berkahwin dengan raja Melaka. Raja China bersetuju menghantar
puterinya disebabkan niatnya supaya raja Melaka mengirim surat sembah ke China.
Tun Perpatih Putih beri alasan Raja Melaka tidak dapat datang kerana Melaka
berada dalam permusuhan. Hubungan Melaka-China terjalin lebih erat bukan sahaja
hubungan diplomatik antara dua negara, juga hubungan keluarga. Selepas itu
beras makanan raja China dikupas sama seperti beras makanan Raja Melaka yang
juga dikupas, dan orang China jugagemar makan kangkung.
Melaka seterusnya menghantar rombongan ke China untuk kali kedua untuk menghantar surat sembah kepada raja China setelah raja Melaka menjadi menantu. Utusan kali ini diketuai oleh Menteri Jana Putera dan Tun Telanai. Ketika belayar ke China, kapal angkatan Melaka terbias ke Brunei . Raja Brunei bertanya sama ada raja Melaka mengirim sembah ke China. Rombongan Melaka membuat alasan rakyat yang mengirim sembah bukan bukannya raja Melaka. Raja Brunei mengutuskan surat kepada Raja Melaka. Surat Raja Brunei akan di ke Melaka semasa rombongan itu kembali dari China. Raja China yang menerima sembah daripada Raja Melaka mendapat penyakit kedal diseluruh badan. Seluruh tabib China tidak dapat mengatasi masalah itu. Seorang tabib mencadangkan supaya Raja China minum air basuh kaki raja Melaka untuk mengubati penyakit kedal itu. China menghantar utusan ke Melaka untuk mendapatkan air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Air kaki Sultan mansur Syah itu diminum dan digunakan untuk membasuh badan raja China. Raja China kemudiannya sembuh lalu berikrar tidak akan menerima lagi sembah daripada raja Melaka.
Peristiwa ini memberi gambaran bahawa raja Melaka mempunyai daulat dan kebesaran yang mengatasi kebesaran raja China.
Melaka seterusnya menghantar rombongan ke China untuk kali kedua untuk menghantar surat sembah kepada raja China setelah raja Melaka menjadi menantu. Utusan kali ini diketuai oleh Menteri Jana Putera dan Tun Telanai. Ketika belayar ke China, kapal angkatan Melaka terbias ke Brunei . Raja Brunei bertanya sama ada raja Melaka mengirim sembah ke China. Rombongan Melaka membuat alasan rakyat yang mengirim sembah bukan bukannya raja Melaka. Raja Brunei mengutuskan surat kepada Raja Melaka. Surat Raja Brunei akan di ke Melaka semasa rombongan itu kembali dari China. Raja China yang menerima sembah daripada Raja Melaka mendapat penyakit kedal diseluruh badan. Seluruh tabib China tidak dapat mengatasi masalah itu. Seorang tabib mencadangkan supaya Raja China minum air basuh kaki raja Melaka untuk mengubati penyakit kedal itu. China menghantar utusan ke Melaka untuk mendapatkan air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Air kaki Sultan mansur Syah itu diminum dan digunakan untuk membasuh badan raja China. Raja China kemudiannya sembuh lalu berikrar tidak akan menerima lagi sembah daripada raja Melaka.
Peristiwa ini memberi gambaran bahawa raja Melaka mempunyai daulat dan kebesaran yang mengatasi kebesaran raja China.
HUBUNGAN MELAKA DENGAN BENUA KELING
Hubungan
Melaka dengan benua Keling berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah.
Kali ini Hang dilantik Nadim menjadi utusan. Beliau memiliki kepakaran tulis
menulis dan melukis corak. Hang Nadim dihantar ke benua Keling atas urusan
perniagaan serta membeli kain serasah sebanyak 40 helai. Setiap helai mempunyai
40 perkara. Di Benua Keling Hang Nadim tidak berkenaan dengan corak kain
yang dilukis oleh pelukis-pelukis Keling. Hang Nadim akhirnya melukis sendiri
corak kain itu seperti yang dikehendaki oleh raja Melaka. Kemudian
pelukis-pelukis Keling meniru corak yang ditunjukkan Hang Nadim. Untuk pulang
ke Malaka, Hang Nadim menumpang kapal Hang Isap walaupun sebelum itu seorang
sayid bersumpah bahawa kapal Hang Isap akan ditimpa bencana ketika pulang
berikutan Hang Isap tidak menjelaskan hutangnya kepada sayid itu. Hang Isap
mengaku telah melunaskan segala hutangnya tetapi Saiyid itu tetap bertegas
bahawa Hang Isap masih berhutang. Di pertengahan pelayaran kapal Hang Isap
telah karam. Kain-kain serasah yang dipesan hanya 4 helai sahaja dapat
diselamatkan. Berikutan hal itu, Hang Nadim dimurkai raja Melaka.
NILAI KEMANUSIAAN/ KEMASYARAKATAN/ KEAGAMAAN/MORAL
Kemanusiaan bermaksud hal-hal
mengenai manusia atau sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia
itu meliputi hal-hal yang baik dan murni iaitu sifat yang dituntut sebagai
suatu yang seharusnya dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana
kelebihan kejadian sifat manusia yang dianugerah akal dan budi disamping nafsu. Kemanusiaan
juga dilihat dari sudut sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau
sesuatu yang jahat dan buruk. Dalam konteks perbincangan ini, unsur
kemanusiaan akan dilihat dari kedua-dua sudut di atas.
Dengan
lain perkataan, unsur kemanusiaan dilihat dari sudut;
1.
Sifat-sifat positif atau nilai-nilai baik, murni yang mengutamakan
nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti adil, berbudi
bahasa, berjasa, bertimbangrasa,nasihat menasihati atau pengajaran.
2.
sifat-sifat negatif atau yang jahat dan buruk yang mengenpikan
nilai-nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti sifat
kejam dan gangs, perasaan dendam dan iri hati, pemarah dan emosinal,
curang (belot), tamak haloba, cemburu dan zalim.
Meneliti
unsur-unsur kemanusiaan dalam Sejarah Melayu dapat dilihat daripada sudut;
i. Perbuatan
atau tingkah laku.
ii. Kata-kata
atau dialog watak.
Kedua-dua
sudut di atas biasanya akan melibatkan golongan raja dan pembesar-pembesar
kerana peristiwa atau kisah dalam Sejarah Melayu adalah bersifat
"istana-centrik". Jadi penglibatan golongan raja dan pembesar jelas
dalam urusan pentadbiran negeri serta yang melibatkan peranan mereka dalam
hubungan sesebuah kerajaan. Dengan lain perkataan, penelitian unsur-unsur
kemanusiaan dalam konteks perbincangan di sini akan berkait secara langsung
dengan penglibatan dan peranan golongan istana (raja dan pembesar)
dengan pemerintahnya.
KEMANUSIAAN
YANG POSITIF (MENGUTAMAKAN NILAI KEMANUSIAAN)
1.
Sejarah Melayu menyebut dengan jelas tentang beberapa orang raja dan pembesar
Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat adil dan bijaksana.
Mereka mengutamakan tanggungjawab dan amanah sebagai ketua negara bagi
menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai.
2. Sifat
dan kelakuan Berbudi Bahasa juga merupakan salah satu sifat yang amat
mulia.
Bendahara
Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa tinggi. Walau pun
ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan peribadinya kerana enggan menolong
Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan Pasai itu
enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi apabila ditanya
oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan peribadi Hang Tuah
sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan kemuliaan budi Bendahara
Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah datang memohon maaf dan sujud di
kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang Tuah.
3.
Berjasa dan Berbakti : Dalam konteks pemerintahan feudal raja memilik
kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh
taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan
di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi anugerah atau kurnia
sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga seperti emas, permata
atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran tertentu.
4. Memberi
Nasihat dan Pengajaran : Nasihat menasihati antara satu dengan yang lain
amatlah dituntut dalam mengatur kehidupan agar tidak tergelincir daripada
landasan kemanusiaan yang mumi dan abadi. Golongan tua biasanya bertindak
sebagai penunjuk ajar, memberi pengajaran kepada yang lebih muda dengan
harapan tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas-batas kemanusiaan serta
dapat berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban kepada golongan
masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan pengajaran ke arah kebaikan demi
kesejahteraan hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah jenis wasiat amat
kaya dengan unsur nasihat dan pengajaran.
5.Keimanan
dan Ketakwaan : Sifat-sifat ini berkait dengan amalan agama Islam. Dengan
mengamalkan sifat ketakwaan manusia akan hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah
Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan soal-soal keimanan ini
diceritakan terutama dalam episod-episod seperti Raja dan pembesar Melaka
menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang datang dari Judah. Sultan
Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pemah belajar agama pada Makhdum Sadar
Jehan.
LATAR MASA/ MASYARAKAT/ TEMPAT
Latar Masa
Latar masa menunjukkan bila peristiwa itu berlaku. Merujuk
kepada zaman, era dan musim.
Contoh latar masa yang terkandung dalam Sejarah Melayu ialah
1.
Dari
pagi-pagi hari
Dari pagi-pagi hari Seri Rakna
Wikrama sudah keluar diadap orang, dan Tun Perpatih Pandak pula masuk mengadap
(hlmn. 53)
2.
Setelah
keesokan harinya
Setelah
keesokan harinya, maka segala kelengkapan Palembang pun kelihatanlah dari atas
pelarian kota, maka gemparlah segala orang mengatakan Seri Teri Buana telah
kelihatan kelengkapannya. (hlmn. 33)
Latar Masyarakat
Latar masyarakat bermaksud gambaran kehidupan masyarakat yang
di paparkan di dalam sesebuah karya.
Latar Tempat
Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam
karya sastera. Latar tempat dalam karya-karya sastera berfungsi sebagai media
kepada para pelaku (watak-watak) untuk menjalankan gerak kerja mereka. Tanpa latar
tempat yang sesuai, jalan cerita akan menjadi hambar dan tidak mampu untuk
menarik perhatian pembaca.
WATAK DAN PERWATAKAN
PEMERINTAH :
Raja Iskandar Zul-Karnain
·
Anak kepada raja Darab
·
Keturunan Rom
·
Memerintah negeri bernama
Makaduniah
·
Bergelar Raja Iskandar
Zul-Karnain
·
Seorang pahlawan yang
berani dan masyhur
·
Seorang raja yang adil dan
bertimbang rasa
Sultan Muzaffar Syah
·
Raja Kassim, anakanda
kepada Sultan Muhammad Syah dengan Tun Wati.
·
Sultan Muzaffar Shah (1445
- 1459) ialah raja Melaka yang pertama menggunakan gelaran sultan.
·
Seorang pemerintah yang
bijaksana dalam menghadapi serangan musuh.
·
Seorang yang adil dan
tidak pentingkan diri sendiri.
Sultan Mansur Syah
·
Nama sebenar Raja Abdullah
·
Bijak dalam menjalankan
pemerintah dan peluasan wilayah
·
Adil dalam memerintah dan
dibantu oleh Tun Perak
Sultan Alauddin Riayat Syah
·
Nama sebenar Raja Hussain
·
Mementingkan keamanan
negeri Melaka
·
Seorang yang berani dalam
peristiwa membanteras pencuri
·
Seorang yang adil
Sultan Mahmud Syah
·
Seorang sultan yang
bersikap tidak adil dan zalim dalam pemerintahan
·
Seorang raja yang tamak
dan mementingkan diri sendiri
·
Berlaku kejatuhan dalam
pemerintahan
·
Mempunyai ramai isteri
PEMBESAR
Tun Perak
·
Anak bendahara Seri Wak
Raja
·
Seorang yang bijaksana
·
Seorang yang taat dan
setia pada perintah sultan
·
Seorang yang merendah diri
·
Seorang pegawai kanan
pentadbiran yang berani, cekap dan pintar.
Hang Tuah
·
Asal keturunan anak raja
Bajung
·
Nama asalnya Daeng
Mempawah
·
Seorang yang sangat berani
·
Seorang yang taat dan
setia pada arahan sultan
·
Seorang yang bijaksana
dalam menghadapi musuh
GAYA BAHASA
SIMILE
Simile ialah tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek
yang mempunyai sifat dan nilai yang sama secara langsung. Simile menggunakan
perkataan bandingan “seperti, bagai, laksana, bak”. Contoh penggunaan simile
boleh dilihat pada muka surat 45 :
“...
syahadan nipisnya seperti kertas, digulungnya seperti subang”
ASONANSI
Asonansi merupakan pengulangan bunyi huruf vokal
yang berturutan dalam satu baris. Gaya bahasa asonansi dapat dilihat pada muka
surat 214.
“Asa-asaan gigi si Mambang, hendak makan ikan,
Dalam telaga lagi bertelur, sisiknya gilang-gemilang”
Contoh di atas mengandungi pengulangan huruf vokal “a”
sebanyak 11 kali dalam baris pertama.
ALITERASI
Aliterasi merujuk kepada pengulangan bunyi konsonan pada awal
kata atau bunyi vokal yang berturut-turut atau perulangan perkataan atau suku
kata yang berhampiran. Perulangan itu terdapat dalam rentetan kata atau dalam
satu baris puisi. Contoh pada muka surat 214.
“Kuning
Ledang bagai dikarang,
Riang-riang
disambar wakab,
Hairan
memandang dunia sekarang,
Bayang-bayang
hendak ditangkap”
Pengulangan huruf konsonan “n” pada baris ketiga membuktikan
kewujudan gaya bahasa aliterasi dalam Sulalatus Salatin.
HIPERBOLA
Hiperbola didefinisikan sebagai satu perbandingan yang
melampau. Di samping itu, hiperbola juga merujuk satu pernyataan yang
berlebih-lebihan. Gaya bahasa hiperbola boleh dilihat pada muka surat 20.
“... padinya berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan
suasa”
PERANAN SEJARAH MELAYU DAN FUNGSINYA
Sejarah
Melayu sememangnya patut menjadi bacaan wajib semua orang Melayu. Kitab inilah
yang sebenarnya menggalurkan sejarah orang Melayu dan raja-rajanya dikatakan
berasal daripada Iskandar Zulkarnain hinggalah pada zaman Kerajaan Melayu
Johor. Kitab ini bukan saja menumpukan kepada kisah raja-raja dan orang-orang
besar tetapi juga kisah rakyat jelata.
Hal ini
demikian sama dengan Salasilah Melayu dan Bugis, Taufat al-Nafis dan Hikayat
Raja-Raja Pasai, kitab Sejarah Melayu tidak boleh dilihat dalam konteks
‘sejarah’ hari ini. Kitab-kitab ini menggunakan pelbagai sumber termasuk mitos
dan legenda bagi meriwayatkan sejarah. Ada kalanya, peristiwa tersebut sukar
diterima atau episod yang digambarkan sebagai sejarah. Tetapi bahan-bahan yang
dianggap tidak objektif dan tepat ini punya peranannya yang tersendiri. Oleh
sebab itu, kitab Sejarah Melayu dikategorikan sebagai historiografi Melayu.
Selain itu,
Sejarah Melayu memancarkan nilai dan pandangan dunia orang Melayu. Hal ini
demikian kerana banyak peristiwa di dalamnya yang memberikan bayangan bagaimana
legitimasi raja diperkukuh melalui mitos dan legenda. Di samping itu, terdapat
juga banyak cerita penganiayaan yang dilakukan ke atas rakyat. Juga cerita
tentang gagalnya orang Melayu menghormati kepandaian dan kecerdikan seperti
yang berlaku pada budak yang menyelamatkan Singapura daripada dilanggar todak.
Melihat
kepada makna kesetiaan yang ditunjukkan oleh Hang Tuah dalam Sejarah Melayu.
Berbeza dengan Hikayat Hang Tuah, teman Hang Tuah yang menderhaka adalah Hang
Kasturi. Pengabdian Hang Tuah mutlak terhadap rajanya. Orang Melayu pada masa
itu tidak ada pilihan melainkan bersetia pada rajanya. Kegagalan berbuat
demikian mengakibatkan malapetaka luar biasa. Perakara ini dapat dilihat pada
watak Sang Rajuna Tapa yang belot di Singapura kerana membuka gerbang untuk
kemasukan tentera Betara Majapahit, dia dan isterinya menjadi batu dan beras di
rumahnya menjadi tanah.
Terlalu
banyak kisah dalam Sejarah Melayu yang hebat dan luar biasa, malah menjadi
potensi bahan filem dan drama TV. Badang merupakan Hercules Melayu dengan
kekuatannya. Semerluki, panglima Bugis yang bersumpah tidak akan ke Tanah
Melayu sekiranya batu yang dicampakkan ke laut, timbul. Tun Jana Khatib dengan
keilmuan yang hebat lalu dicemburui raja. Tun Kudu harus menyerah dirinya pada
Tun Ali bagi membolehkan adiknya Tun Perak menjadi bendahara. Sultan Muzafir
Shah pernah dibuang menjadi nelayan. Raja China menghantar Puteri Hang Li Po ke
Melaka. Jangan lupa kisah pengkhianat Raja Mendeliar dan Si Kitul yang
menyebabkan kehancuran Melaka.
Sejarah
Melayu juga memuatkan kisah Bendahara Seri Wak Raja yang membunuh diri kerana
berasa malu apabila pintu ditutup orang sewaktu beliau hendak masuk menghadap.
Bendahara ini ayah kepada Tun Kudu dan Tun Perak. Juga kisah Sultan Alauddin
Shah yang turun padang melihat rakyatnya di waktu malam.
UNSUR PENGETAHUAN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN SEJARAH MELAYU
UNSUR AGAMA
Kemasukan Islam Ke Pasai Dan
Melaka
Penceritaan mengenai kemasukan
Islam ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan dengan tujuan untuk mengagungkan
Islam dan menunjukkan keistimewaan raja itu sendiri. Penceritaannya memberi
gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka, bermula dari istana
Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama
beragama Islam ialah Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah. Gelaran Sultan
diguna pakai setelah Raja Melaka memeluk Islam.
Penyebutan Tokoh Dan Ulama Islam
Antaranya Iskandar Zul-Karnian, yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah dan berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia.
Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah, tokoh-tokoh nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir. Sulalatus Salatin menceritakan pernikahan Raja Iskandar Zul-Karnain dengan Puteri Syahrul-Bariyah disempurnakan oleh Nabi Khidir.
Antaranya Iskandar Zul-Karnian, yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah dan berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia.
Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah, tokoh-tokoh nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir. Sulalatus Salatin menceritakan pernikahan Raja Iskandar Zul-Karnain dengan Puteri Syahrul-Bariyah disempurnakan oleh Nabi Khidir.
Tokoh-tokoh pendakwah Islam, iaitu ulama-ulama Islam dari Asia Barat (TimurTengah) datang ke Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka. Tokoh-tokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf, dan Maulana Sadar Jahan.Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka.
Adat Istiadat Dan Undang-Undang
Unsur Islam dalam Sulalatus
Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan yang
diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah
kahwin, dan perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya
Aidil Fitri dan Hari Raja Korban.
Menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya wasiat kepada Raja Ahmad (timang-timangan Raja Hussain) (Sulalatus Salatin, hlm. 171-172) dan wasia`t Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada Sultan Mahmud (Raja Mamad) (Sulalatus Salatin, hlm.186-187). Melalui wasiat, banyak didapati unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.
Menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya wasiat kepada Raja Ahmad (timang-timangan Raja Hussain) (Sulalatus Salatin, hlm. 171-172) dan wasia`t Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada Sultan Mahmud (Raja Mamad) (Sulalatus Salatin, hlm.186-187). Melalui wasiat, banyak didapati unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.
SEJARAH
Nama-Nama Tempat
Unsur-unsur sejarah nama tempat
turut terdapat di dalam karya Sejarah Melayu. Nama tempat yang dikarangkan oleh
Tun Seri Lanang nyata wujud sehingga ke hari ini. Negeri-negeri yang menjadi
tumpuan perbincangan Tun Seri Lanang itu sejajar dengan kedudukan raja-raja
berasal dari pahlawan dan yang berdaulat. Sejarah Melayu menceritakan tentang
pembukaan tempat atau negeri seperti Melaka, Pasai dan Singapura.
Di dalam cerita berhubung
pembukaan negeri Pasai, nama samudera dikisahkan lahirnya daripada kewujudan
semut yang amat besar. Yusoff Iskandar mengatakan peristiwa pemberian nama
Pasai dari nama seekor anjing, Si Pasai dan terjumpanya seekor semut besar
(samudera) di mana tempat tersebut di panggil Samudera kemudiannya.
Di dalam Sejarah Melayu juga,
Temasik telah digantikan namanya menjadi Singapura berdasarkan kepada nama
binatang singa yang amat gagah tubuhnya yang dilihat oleh Sanh Nila Utama.
Namun, menurut Hsu Tun Tsio tentang asal usul Singapura dinamakan, adalah kerana
terlihatnya seekor yang maha tangkas lakunya, merah warna tubuhnya, hitam
kepalanya, dan putih dadanya, dan sikapnya terlalu pantas dan perkasa, besar
sedikit daripada kambing randok, kononnya ia adalah binatang singa, maka
dinamakanlah tempat itu sebagai Kota Singa.
Akan tetapi, bukan sahaja di
Singapura, tetapi di seluruh alam Tanah Melayu, tidak pernah terdapat binatang
singa (Zahrah Ibrahim, 1986:52). Katanya lagi, kebanyakkan tempat-tempat yang
menggunakan binatang singa sebagai namanya ialah kebanyakan yang terdiri
daripada pulau-pulau. Manakala, Melaka pula mengambil nama sempena kejadian
pelanduk menedang anjing buruan dan secara kebetulan pohon tempat Raja Iskandar
berteduh itu bernama Melaka.
KEMANUSIAAN
Sejarah Melayu menyebut dengan
jelas tentang beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang mentadbir
Melaka dengan penuh sifat-sifat adil dan bijaksana. Mereka mengutamakan
tanggungjawab dan amanah sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat
dalam aman dan damai.
Berjasa dan berbakti : Dalam
konteks pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan
memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja.
Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan,
Sultan akan memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan,
barang-barang berharga seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran
dan gelaran-gelaran tertentu.
Subscribe to:
Posts (Atom)