Bendahara Seri Maharaja
hendak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja Dibaruh
menasihatkan agar Bendahara menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud
terlebih dahulu tetapi Bendahara enggan kerana darjat keluarganya
rendah jika dibandingkan dengan Sultan Mahmud.Bendahara mengahwinkan
anaknya dengan Tun Ali. Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara setelah
melihat kecantikan Tun Fatimah. Ali Manu Nayan ingin memberi
rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau. Anak-anak
buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada
saudagar-saudagar kaya di Melaka.
Nina Sura Dewana dan Raja
Mendaliar bertelagah dan meminta Bendahara
menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana hari sudah
petang. Nina Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara Seri
Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul. Si Kitul memberitahu
Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emas kepada
Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar. Raja Mendeliar
memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan memberitahu bahawa Bendahara
Seri Maharaja ingin menderhaka. Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan
Mahmud dan Sultan Mahmud bercadang untuk membunuh Bendahara kerana selama ini
baginda memang berdendam dengan Bendahara
kerana Tun Fatimah. Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja,
Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali dibunuh oleh Sultan Mahmud.
Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun sudah tua dan uzur.
Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah menggugurkan kandungan selepas
berkahwin dengan Sultan Mahmud.Sultan Mahmud turun dari takhta dan
digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan Sultan Ahmad pula merupakan
seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih kasih.
No comments:
Post a Comment