Seorang penyadap menjumpai seorang
budak hanyut dan diberi nama Ki Mas Jaya.
Patih Aria Gajah
Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih
suami supaya dapat menjadi Betara Majapahit. Penyadap
membayangkan Ki Mas Jaya akan menjadi Betara Majapahit, dan penyadap
mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria Gajah Mada sekiranya perkara
itu terjadi. Pada hari pemilihan calon suami, Puteri Raden Galoh Awi
Kesuma memilih Ki Mas Jaya sebagai suami. Penyadap menagih
janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya Ningrat
keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada. Satu jawatan baru
yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi
Kara dan diberikan kepada penyadap.
Sultan Mansur Syah
ingin meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang
Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma. Rombongan
Melaka sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaian.
Tun Bija Sura dapat menyelamatkan keris, mencuri keris
Betara Majapahit, menari "sapu-sapu rengit", dan menggertak
anjing yang ditambat berhampiran utusan Melaka. Sultan Mansur
Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana. Kuda
Sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan oleh Hang Tuah.
Hang Tuah difitnah
bermukah dengan dayang raja sehingga sultan menitahkan Hang Tuah
dibunuh. Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah di sebuah
dusun.
Orang-orang Melaka yang diketuai
oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China setelah makan
kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat. Puteri Hang
Liu berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh
Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada
raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei
dan dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak
menyembah China. Raja China mendapat sakit kedal setelah disembah
oleh Sultan Mansur Syah dan ubatnya ialah air basuh kaki Sultan
Mansur Syah. Raja China sembuh daripada penyakitnya setelah menyantap dan
membasuh muka dengan air basuh kaki raja Melaka.
Cerita yang bermanfaat
ReplyDelete