Tuesday, May 29, 2018

PERSOALAN YANG TERDAPAT DALAM TEKS SEJARAH MELAYU


PERISTIWA HANG TUAH DIHUKUM BUNUH
Kesetiaan rakyat kepada raja
Hang Tuah telah difitnah bermukah dengan seorang dayang raja. Walaupun Hang Tuah menyedari bahawa dirinya difitnah, dia tetap menerima hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atasnya oleh raja Melaka dengan hati yang rela.


PERISTIWA BAKAT KEBIJAKSANAAN TUN PERAK
Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah.
Tun Perak memberi idea untuk membawa anak dan isteri ke medan perang untuk meramaikan jumlah hulubalang Melaka. Di samping itu, Tun Perak juga mencadangkan agar memasang puntungan api dan diikat di sepanjang pokok agar apabila Siam melihat barah api tersebut, mereka beranggapan barah api yang banyak itu merupakan pasukan Melaka dan akhirya mereka berundur dan tidak jadi menyerang Melaka.


PERISTIWA HANG TUAH MENGALAHKAN TAMING SARI
Keberanian menentang musuh
Taming Sari membuat kekecohan dan membunuh ramai orang dan sesiapa yang menghalangnya akan dibunuhnya. Akhirnya, Taming Sari naik ke atas perseban dan menikam segala raja yang ada di situ dan Hang Tuah berusaha melindungi raja Melaka. Hang Tuah pada masa itu berharap Patih Gajah akan mengalahkan Taming Sari. Namun, berlaku sebaliknya dan demi melindungi raja Melaka, Hang Tuah telah bertindak untuk mengalahkan Taming Sari yang sedang mengamuk pada masa itu. Akhirnya, dia berjaya mengalahkan Taming Sari. Peristiwa tersebut membuktikan Hang Tuah merupakan salah seorang pahlawan yang berani.


PERISTIWA KITAB DURI’L MAZLUM
Ketinggian ilmu agama dalam kehidupan.
Hal ini dapat dibuktikan melalui peristiwa yang terdapat dalam Sulalatus Salatin iaitu seorang pendeta yang bernama Maulana Abu Ishak yang amat arif dalam ilmu tasawuf telah mengarang kitab Duri’l-Mazlum dan mengajarkan kepada anak muridnya Maulana Abu Bakar dan menghantarnya ke Melaka untuk memberikan fatwa. Kitab tersebut diterima baik oleh Sultan Mansur Syah dan banginda juga menghantar kitab tersebut ke Pasai untuk diberikan erti. Kesemua orang besar Melaka berguru kepada Maulana Abu Bakar kecuali kadi Melaka yang bernama Kadi Yusuf. Namun, pada suatu hari ketika kadi hendak pergi solat Jumaat beliau ternampak Maulana Abu Bakar dikelilingi cahaya, melihat perkara tersebut tuan kadi menyembah kaki Maulana Abu Bakar dan menjadi anak muridnya. Peristiwa ini memperkukuhkan lagi persoalan ketinggian ilmu agama dalam kehidupan.


PERISTIWA LANGKAH MEMBASMI PENCURI
Tanggungjawab seorang pemimpin terhadap rakyatnya.
Sifat bertanggungjawab ini boleh dilihat pada Sultan Alaudin Riayat Shah dalam peristiwa membasmi pencuri. Sultan Alaudin Riayat Syah menyamar dan keluar untuk melihat keadaan negerinya. Baginda turut serta bersama Hang Isap dalam mengalahkan pencuri dan baginda juga membina balai di simpang empat di tengah negeri bagi membolehkan orang ramai meletakkan semua harta yang diperoleh dan ditemui daripada pencuri agar dapat diambil semula oleh tuannya. Tindakan baginda telah menunjukkann bahawa dia seorang pemerintah yang melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

No comments:

Post a Comment