Bendahara Putih mati dan
digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda Sultan
Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara. Kedatangan Patih Adam dari
Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin berkahwin
dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih Adam menuntut
janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam
dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya.Setelah kemangkatan
permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan agar dipinang Puteri Gunung
Ledang. Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia ke Gunung Ledang. Tun
Mamad berjumpa Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke
Gunung Ledang itu. Seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan
menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung
Ledang. Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, Sultan Mahmud membatalkan
niat baginda meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup
menumpahkan darah anakanda baginda. Orang-orang Melaka menjadikan orang
Inderagiri di Melaka sebagai hamba sehingga mereka ingin pulang ke negeri
mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa pulang ke Inderagiri.
Hang Nadim diarahkan ke benua
Keling untuk membeli kain serasah. Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak
kain dikagumi. Hang Nadim pulang ke Melaka tetapi kapal yang
dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap disumpah oleh seorang
wali. Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa balik
kain yang diingini baginda. Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh
Laksamana Khoja Hassan.
No comments:
Post a Comment