UNSUR AGAMA
Kemasukan Islam Ke Pasai Dan
Melaka
Penceritaan mengenai kemasukan
Islam ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan dengan tujuan untuk mengagungkan
Islam dan menunjukkan keistimewaan raja itu sendiri. Penceritaannya memberi
gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka, bermula dari istana
Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama
beragama Islam ialah Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah. Gelaran Sultan
diguna pakai setelah Raja Melaka memeluk Islam.
Penyebutan Tokoh Dan Ulama Islam
Antaranya Iskandar Zul-Karnian, yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah dan berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia.
Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah, tokoh-tokoh nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir. Sulalatus Salatin menceritakan pernikahan Raja Iskandar Zul-Karnain dengan Puteri Syahrul-Bariyah disempurnakan oleh Nabi Khidir.

Tokoh-tokoh pendakwah Islam, iaitu ulama-ulama Islam dari Asia Barat (TimurTengah) datang ke Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka. Tokoh-tokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf, dan Maulana Sadar Jahan.Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka.
Adat Istiadat Dan Undang-Undang
Unsur Islam dalam Sulalatus
Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan yang
diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah
kahwin, dan perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya
Aidil Fitri dan Hari Raja Korban.
Menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya wasiat kepada Raja Ahmad (timang-timangan Raja Hussain) (Sulalatus Salatin, hlm. 171-172) dan wasia`t Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada Sultan Mahmud (Raja Mamad) (Sulalatus Salatin, hlm.186-187). Melalui wasiat, banyak didapati unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.

SEJARAH
Nama-Nama Tempat
Unsur-unsur sejarah nama tempat
turut terdapat di dalam karya Sejarah Melayu. Nama tempat yang dikarangkan oleh
Tun Seri Lanang nyata wujud sehingga ke hari ini. Negeri-negeri yang menjadi
tumpuan perbincangan Tun Seri Lanang itu sejajar dengan kedudukan raja-raja
berasal dari pahlawan dan yang berdaulat. Sejarah Melayu menceritakan tentang
pembukaan tempat atau negeri seperti Melaka, Pasai dan Singapura.
Di dalam cerita berhubung
pembukaan negeri Pasai, nama samudera dikisahkan lahirnya daripada kewujudan
semut yang amat besar. Yusoff Iskandar mengatakan peristiwa pemberian nama
Pasai dari nama seekor anjing, Si Pasai dan terjumpanya seekor semut besar
(samudera) di mana tempat tersebut di panggil Samudera kemudiannya.
Di dalam Sejarah Melayu juga,
Temasik telah digantikan namanya menjadi Singapura berdasarkan kepada nama
binatang singa yang amat gagah tubuhnya yang dilihat oleh Sanh Nila Utama.
Namun, menurut Hsu Tun Tsio tentang asal usul Singapura dinamakan, adalah kerana
terlihatnya seekor yang maha tangkas lakunya, merah warna tubuhnya, hitam
kepalanya, dan putih dadanya, dan sikapnya terlalu pantas dan perkasa, besar
sedikit daripada kambing randok, kononnya ia adalah binatang singa, maka
dinamakanlah tempat itu sebagai Kota Singa.
Akan tetapi, bukan sahaja di
Singapura, tetapi di seluruh alam Tanah Melayu, tidak pernah terdapat binatang
singa (Zahrah Ibrahim, 1986:52). Katanya lagi, kebanyakkan tempat-tempat yang
menggunakan binatang singa sebagai namanya ialah kebanyakan yang terdiri
daripada pulau-pulau. Manakala, Melaka pula mengambil nama sempena kejadian
pelanduk menedang anjing buruan dan secara kebetulan pohon tempat Raja Iskandar
berteduh itu bernama Melaka.
KEMANUSIAAN
Sejarah Melayu menyebut dengan
jelas tentang beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang mentadbir
Melaka dengan penuh sifat-sifat adil dan bijaksana. Mereka mengutamakan
tanggungjawab dan amanah sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat
dalam aman dan damai.
Berjasa dan berbakti : Dalam
konteks pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan
memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja.
Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan,
Sultan akan memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan,
barang-barang berharga seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran
dan gelaran-gelaran tertentu.
No comments:
Post a Comment