Hang Jebat mengamuk di
istana Melaka kerana membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Sultan
Mansur Syah mengenang-ngenang akan Hang Tuah memandangkan tidak ada
sesiapa yang berjaya menewaskan Hang Jebat. Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa
Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah dibawa pulang. Hang Tuah bertikam
dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah diberikan
gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur
Syah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar dan
banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara
agar dibuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama
rakyat. Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka
Raja menjaga anak-anaknya. Bendahara Paduka Raja terlihat suatu
cahaya dari langit turun ke kepala Tun Mutahir. Tun Tahir dijadikan Seri
Nara Diraja, iaitu Penghuiu Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi Temenggung
bergelar Seri Maharaja.
Melaka menyerang Kampar
dan Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara Diraja manakala, Khoja Baba
dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi Kampar. Melaka menyeranag Siak
dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara dibunuh oleh Akhtiar Muluk
manakala, Megat Kudu, anak Maharaja Parameswara ditawan. Sultan Mansur
Syah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi dengan Megat Kudu kemudian
Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim. Tun
Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola
sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad.
Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi
ditegah oleh Bendahara. Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di
Pahang memandangkan tidak ada yang menyembah Raja Muhammad di Melaka.
Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng
Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki merompak mencari perempuan di Ujung
Tanah. Semerluki merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan
Mansur Syah lalu menyuruh Laksamana menghalang Semerluki. Orang-orang
Melaka berperang dengan tentera Semerluki dan ramai orang Melaka
mati. Laksamana berjaya menewaskan Semerluki.
Maulana Abu Bakar membawa
kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah dan ramai pembesar
Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar. Sebelum itu kitab itu dirujuk dan
diterjemahkan di Pasai. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke
Pasai merujuk masalah agama dan masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.
Hang tuah berjaya mengalahkan hang jebat yang mengamuk kerana ingin menuntut bela kematian hang tuah
ReplyDeleteBenar. Peristiwa ini menggambarkan sikap Hang Tuah yg taat dan patuh pada perintah sultan.
Delete