Sultan Muzaffar Syah mengumpulkan
rakyat menghadapi serangan Siam. Tun Perak membawa
angkatan dari Kelang bersama anak isteri mereka sekali. Awi
Cakri menyerang Melaka tetapi tidak dapat
menewaskan Melaka.Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka sehingga diiantik
menjadi menteri. Rakyat Melaka berpecah belah, satu berpihak
kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan ini
membimbangkan Sultan Muzaffar Syah. Sultan Muzaffar
Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara
Diraja. Hal ini bertujuan mendamaikan Melaka. Tun Perak menjadi
Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja manakaia Tun Ali menjadi
Seri Nara Diraja, memegang jawatan Penghulu
Bendahari. Siam menyerang Melaka buat kali kedua di bawah
pimpinan Awi Dicu. Tun Perak meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di
tepi pantai. Awi Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam.Tuan
Saidi Arab memanah Cau Panden dari Melaka. Cau Panden yang hendak
menyerang Melaka mati di Siam. Sultan Muzaffar Syah mangkat dan
digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah menitahkan
Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka menyerang Indera Pura. Raja Indera Pura,
iaitu Maharaja Dewa Sura ditangkap manakala, puteri baginda, iaitu
Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur
Syah berkeinginan bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera
serta Tun Telanai dititahkan ke Siam. Orang tua dari Melaka berjaya
menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan raja Siam. Tun Telanai dan
Menteri Jana Putera juga berjaya membuat tipu helah sehingga berjaya
mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah
matahari mati.
Kehebata Tun Perak terserlah dalam mengatur startegi perang menentang siam
ReplyDeleteSangat berguna untuk pembelajarn
ReplyDeleteTepat sekali. Tun perak sememangnya dgambarkan sebagai bendahara yg bijak dalam mengatur strategi perang. Ianya boleh dilihat dalam teks di atas
ReplyDelete