Tuesday, May 29, 2018

PENGARUH TEKS SEJARAH MELAYU KEPADA TEKS SASTERA SEJARAH YANG LAIN


Sejarah Melayu sering dirujuk oleh teks-teks lain dan sekaligus mengangkat teks Sejarah Melayu sebagai kanon. Selain itu, menjadi satu kelaziman bahawa karya-karya besar akan meninggalkan pengaruhnya kepada karya-karya lain. karya berkenaan biasanya mempunyai beberapa ciri keistimewaan tertentu yang mampu menarik perhatian pengarang-pengarang lain untuk mencontohi kaedah penulisannya, meniru gaya bahasanya atau memetik isi kandungannya. Hal ini ditambah pula dengan personaliti pengarang karya berkenaan yang biasanya terdiri daripada para pengarang terkenal, kukuh dan mempunyai nama yang istimewa dalam bidang penulisan. Dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisonal, karya agung seumpama Hikayat Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, Taj al-Salatindan Tuhfat Al-Nafis sering menjelma sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam karya-karya yang terkemudian. Pengaruh Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya terdapat dalam Sejarah Melayu, sementara genealogi raja-raja Melayu yang terdapat dalam Sejarah Melayu telah dipetik oleh Naruddin al-Raniri dalam Bustan al-Salatin.

2 comments:

  1. Kehebatan karya sulalatus salatin sehingga dapat mempengaruhi teks-teks lain yang muncul selepasnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terdapat banyak karya yg tlh mnjdikn Sulalatus Salatin sbagai rujukan. Contohnya tuhfat al nafis, Hikayat Melayu dan banyak lagi.

      Delete