Tuesday, May 29, 2018

LATAR BELAKANG TUN SERI LANANG



Tun Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tun Seri Lanang telah dilahirkan dalam tahun 1565M di Seluyut, Johor Lama. Di Johor Lama beliau telah dilantik sebagai bendahara kepada dua sultan iaitu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II tahun 1570M hingga 1597M dan Sultan Alauddin Shah III tahun 1597M hingga 1612M. Semasa di Aceh pula, selain berkhidmat sebagai penasihat kepada tiga rajanya, Tun Seri Lanang sendiri pernah berperanan sebagai pemerintah, menjadi raja kenegerian Samalanga, iaitu sebuah wilayah jajahan  dalam kesultanan Aceh Darussalam, memerintah selama lebih 40 tahun lamanya, iaitu suatu tempoh yang panjang untuk memberikan impak yang besar kepada pemerintahannya. Dalam hal ini, Tun Seri Lanang sememangnya diketahui meninggalkan warisan-warisan agama, budaya dan keturunan pemerintah, yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Samalanga. Pada Mei 1612M, Tun Seri Lanang telah menerima titah raja Abdullah atau Yang dipertuan di Hilir untuk mengarang Sulalatus Salatin iaitu semasa Raja Abdullah bersemayam di Pasir Raja atau dikenali Pekan Tua. Semenjak tahun 1613M, Sultan Aceh Darusssalam yang terkenal iaitu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636M) telah membuat serangan ke atas banyak negeri-negeri Melayu termasuk Johor Lama, Pahang Lama, Perak dan kerajaan-kerajaan lainnya, dibuat sebagai strategi Sultan Iskandar Muda untuk menghambat pengaruh dan kuasa Portugis dari kepulauan Melayu serta meluaskan kepentingan kerajaannya yang besar. Pada 1659M, Tun Seri Lanang telah meninggal dunia di Samalanga, Aceh dan zuriatnya berterusan menjadi pemeritah otonomi di sana manakala sebahagian zuriatnya kembali ke Johor lalu ditakdirkan menjadi Raja-raja Melayu khususnya di Pahang, Terengganu dan Johor Moden sehingga ke hari ini. Makam Tun Seri Lanang telah dipagar dan dijaga oleh pihak berkuasa di Samalanga dan sentiasa dikunjungi oleh peminat dan pengkaji sejarah, khususnya dari Malaysia dan Indonesia.


26 comments:

  1. Senang untuk difahami cerita sejarahnya. Ringkas dan padat. Boleh memberi petunjuk kepada pengkaji sejarah untuk datang mengkaji sejarah tersebut.

    ReplyDelete
  2. penggunaan ayat yg mudah difahami ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  3. Maklumat yang amat bermanfaat dan mudah difahami

    ReplyDelete
  4. Kehebatan pengarang zaman dahulu tergambar melalui latar belakang yang diceritakan tersebut

    ReplyDelete
  5. Bermanfaat �� terutamanya bg kami yg form6 nie .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah . Terima kasih atas komennya ☺️

      Delete
  6. Bermanfaat �� terutamanya bg kami yg form6 nie .

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yg menarik dan mudah difahami .

    ReplyDelete
  8. Bermanfat sebagai panduan๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah . Terima kasih atas komennya

      Delete
  9. Latar belakang mengenai penulis sulalatus salatin ini sangat terperinci dan ia membuat saya mengenali beliau dengan lebih dalam.. Terima kasih

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian dari kami

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian ilmu yg bermanfaat ni. Ia memudahkan pelajar untuk memahaminya khusus untuk pelajar sastera

    ReplyDelete
  12. Blog yang menarik! Perkongsian yang menarik dan sesuai dijadikan rujukan.

    ReplyDelete
  13. Boleh dijadikan rujukan utk pelajar..truskan usaha ukhty๐Ÿค—..

    ReplyDelete
  14. Sangat bermanfaat dan mudah difahami..

    ReplyDelete
  15. best sangat...sesuai di baca semua lapisan masyarakat...senang di fahami...

    ReplyDelete
  16. Perkongsian yang bermanfaat dan mudah difahami

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Perkongsian yg menarik dan sangat membantu

    ReplyDelete