UNSUR-UNSUR
TERTENTU DALAM SEJARAH MELAYU
Unsur
Lagenda
Lagenda
ialah cerita yang mengisahkan kebesaran dan keistimewaan seseorang tokoh yang
diyakini kewujudannya oleh masyarakat. Cerita tersebut sering kali dibuat
secaraberlebih-lebihan dan melampaui kelaziman yang biasa dimiliki oleh
seseorang manusia. Cerita-cerita tentang tokoh legenda ini juga
bercampur aduk antara unsur Sejarah dengan unsur fantasi. Tokoh-tokoh
legenda itu biasanya menjadi kemegahan dan kebanggaan sesuatu bangsa. Tokoh-tokoh
legenda biasanya ditandai oleh beberapa ciri. Antara ciri utama tersebut
termasuklah:
Mereka
memiliki rupa paras yang kacak dan tampan, berperibadi mulia, dan
bijaksana. Ketampanan, kemuliaan, dan kebijaksanaan mereka dikagumi dan
disenangi oleh setiap orang;
Mereka memiliki
ilmu kepahlawanan, cekap bermain senjata, gagah dan perkasa, serta berani.
Kehebatan mereka selalunya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana
pahlawan sekalipun;
Mereka
memiliki ilmu kesaktian ataupun ilmu hikmat yang membantu
mereka dalam apa-apa juga keadaan semasa berjuang;
Mereka, taat
dan setia kepada keluarga dan raja. Ketaatan dan kesetiaan mereka begitu
luhur clan suci;
Mereka memiliki
keistimewaan tertentu yang tiada pada manusia biasa.
Contoh
unsur agenda dalam sejarah Melayu
Kewajaran
Laksamana Hang Tuah sebagai Legenda
Hang Tuah
ialah salah satu legenda Melayu yang menonjol dalam teks. Sulalatus
Salatin Sejarah Melayu. Tokoh ini dipercayai memang pernah hidup di
Melaka pada mass dahulu. Yang menjadikan Hang Tuah tergolong sebagai
legenda Melayu adalah kerana beliau memiliki pelbagai keistimewaan dan
kelebihan, sama ada fizikalnya mahupun mentalnya. Keistimewaan beliau yang
paling ketara ialah kepahlawanan dan kegagahan yang
dimilikinya. Beliau juga merupakan lambang kesetiaan masyarakat Melayu
terhadap raja - bersedia menabur jasa dan bakti demi memelihara kebesaran
dan kedaulatan raja Melayu.
Unsur
Humor
Terdapat
juga unsur yang jelas dibawa oleh pengarang dalam Sulalatul Salatin iaitu unsur
humor yang ditemui dalam halaman-halaman karya ini. Unsur humor diberikan
tempat seiring dengan tragedi, keperitan hidup, penganiyaan dan penyeksaan.
Dalam kajian Syed Zulfida (1976) dan Yusoff Iskandar dan Abd. Rahman Kaeh
(1978: 119-134) diperlihatkan bagaimana Tun Seri Lanang kerap menggunakan unsur
ini yang sering digandingkan oleh ejekan serta kecerdasan mengolah bahasa.
Unsur
Mitos
MITOS,
sebagaimana yang diketahui umum, adalah suatu unsur dongeng atau kejadian
luar biasa yang tidak dapat diterima logik akal tetapi diketengahkan
sebagai suatu peristiwa yang benar-benar terjadi. Peristiwa yang berlaku itu
sama ada yang berlegar di sekitar kehidupan manusia, haiwan, ataupun alam
semesta - kelihatan pelik, janggal, dan melampaui lumrah alam. Walau
bagaimanapun, penilaian terhadap ketakwajaran unsur mitos itu adalah mengikut
acuan zaman moden sedangkan pemilik unsur tersebut, yakni masyarakat silam,
meyakini bahawa mitos tersebut memang benar-benar berlaku.
Dalam
konteks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, unsur mitos merupakan
sebahagian daripada ciri yang signifikan, terutama pada bahagian awal teks
tersebut. Kewujudan unsur mitos dalamteks tersebut berkait rapat dengan realiti
kehidupan masyarakat Melayu pada zaman itu yang masih berada dalam
lingkungan pengaruh Hindu dan animisme yang kuat. Contoh-Contoh Mitos :
Mitos
tentang peristiwa ikan todak menyerang Singapura. Peristiwa ini berlaku semasa
Singapura diperintah oleh Paduka Seri Maharaja. Peristiwa ini telah menyebabkan
ramai rakyat Singapura mati kerana ditikam oleh ikan berkenaan. Paduka Seri
Maharaja mengarahkan semua rakyat berkubukan betis. Akan tetapi, cara berkenaan
telah menyebabkan kematian rakyat negeri tersebut semakin meningkat. Akhirnya,
serangan ikan todak tersebut berjaya diatasi oleh kebijaksanaan seorang budak
yang menyarankan penggunaan batang pisang sebagai kubu. Penceritaan tentang
Singapura dilanggar todak ada pada halaman ke-67, dalam Sulalatus Salatin.
Unsur
Pengaruh/Sentuhan Budaya dalam Sulalatus Salatin
Kandungan
Sulalatus Salatin mempunyai pengaruh sastera dan budaya asing iaitu Hindu dan
Islam. Pengarang Sulalatus Salatin telah memperpadukan kedua-dua unsur seperti
unsur emas dan unsur perak yang merupakan unsur Hindu dengan unsur tempatan
iaitu padi.[15] Keadaan sama juga muncul pada nama-nama tempat dan watak yang
digunakan seperti Malini dalam bahasa Sanskrit yang berertti mengulungkan
bunga.[16] Selain itu, Bat dalam tradisi agama Hindu merujuk kepada suatu
upacara mensucian seseorang Brahmin.[17] Namun terdapat perubahan yang
ditonjolkan dalam teks Salalatus Salatin iaitu Bat digamnbarkan sebagai seorang
manusia suci yang lahir daripada muntah lembu putih untuk memahkotakan kelahiran
Parameswara. Walaupun terdapat perubahan yang ditonjolkan, namun konsep yang
digunapakai masih lagi sama. Selain itu, contoh lain yang adalah seperti
penggunaan konsep devaraja. Penggunaan konsep devaraja telah diubahsuai dan
digantikan dengan penggunaan konsep khalifah.[18] Dengan cara ini, Tun Seri
Lanang telah mengambarkan unsur-unsur keislaman dalam karya beliau. Bukan itu
sahaja, pemaparan upacara waadat sememangnya mempunyai serba sedikit persamaan
dengan konsep baiah dalam ajaran Islam. Baiah dalam Islam diaplikasikan sewaktu
perlantikan seseorang khalifah. Maka mungkin kerana ini terdapat sesetengah
sarjana yang lebih berpendapat bahawa Sulalatus Salatin yang bermaksud
Salasilah Raja-Raja atau Jurai Keturunan Raja-Raja lebih layak untuk dilabelkan
sebagai Kisah Raja-Raja Melayu seperti Kisah Raja-Raja Pasai. [19]