Tuesday, May 29, 2018

RINGKASAN BAB 14


Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque tetapi serangan kali pertama Peringgi ke atas Melaka gagal. Orang-orang Melaka membaca hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat kerana  Peringgi akan menyerang lagi.

Berlaku pertempuran hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka sehingga orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud melarikan diri hingga ke Pahang. Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana baginda tidak menghormati pembesar-pembesar dan digantikan oleh Raja Muzzafar. Tun Fatimah melahir seorang anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah. Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.

RINGKASAN BAB 15


Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang dan berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah. Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah membuka sebuah negeri di Kuala Johor. Raja Omar, iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan Raja Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut. Raja Omar menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamil, manakala Sultan Muzaffar Syah jatuh hati dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur. Kemangkatan Sultan Muzaffar dan digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syah kemudian digantikan pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan kemudiannya ke negeri Makam Tauhid. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur  dengan gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran negeri dari Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.

PERSOALAN YANG TERDAPAT DALAM TEKS SEJARAH MELAYU


PERISTIWA HANG TUAH DIHUKUM BUNUH
Kesetiaan rakyat kepada raja
Hang Tuah telah difitnah bermukah dengan seorang dayang raja. Walaupun Hang Tuah menyedari bahawa dirinya difitnah, dia tetap menerima hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atasnya oleh raja Melaka dengan hati yang rela.


PERISTIWA BAKAT KEBIJAKSANAAN TUN PERAK
Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah.
Tun Perak memberi idea untuk membawa anak dan isteri ke medan perang untuk meramaikan jumlah hulubalang Melaka. Di samping itu, Tun Perak juga mencadangkan agar memasang puntungan api dan diikat di sepanjang pokok agar apabila Siam melihat barah api tersebut, mereka beranggapan barah api yang banyak itu merupakan pasukan Melaka dan akhirya mereka berundur dan tidak jadi menyerang Melaka.


PERISTIWA HANG TUAH MENGALAHKAN TAMING SARI
Keberanian menentang musuh
Taming Sari membuat kekecohan dan membunuh ramai orang dan sesiapa yang menghalangnya akan dibunuhnya. Akhirnya, Taming Sari naik ke atas perseban dan menikam segala raja yang ada di situ dan Hang Tuah berusaha melindungi raja Melaka. Hang Tuah pada masa itu berharap Patih Gajah akan mengalahkan Taming Sari. Namun, berlaku sebaliknya dan demi melindungi raja Melaka, Hang Tuah telah bertindak untuk mengalahkan Taming Sari yang sedang mengamuk pada masa itu. Akhirnya, dia berjaya mengalahkan Taming Sari. Peristiwa tersebut membuktikan Hang Tuah merupakan salah seorang pahlawan yang berani.


PERISTIWA KITAB DURI’L MAZLUM
Ketinggian ilmu agama dalam kehidupan.
Hal ini dapat dibuktikan melalui peristiwa yang terdapat dalam Sulalatus Salatin iaitu seorang pendeta yang bernama Maulana Abu Ishak yang amat arif dalam ilmu tasawuf telah mengarang kitab Duri’l-Mazlum dan mengajarkan kepada anak muridnya Maulana Abu Bakar dan menghantarnya ke Melaka untuk memberikan fatwa. Kitab tersebut diterima baik oleh Sultan Mansur Syah dan banginda juga menghantar kitab tersebut ke Pasai untuk diberikan erti. Kesemua orang besar Melaka berguru kepada Maulana Abu Bakar kecuali kadi Melaka yang bernama Kadi Yusuf. Namun, pada suatu hari ketika kadi hendak pergi solat Jumaat beliau ternampak Maulana Abu Bakar dikelilingi cahaya, melihat perkara tersebut tuan kadi menyembah kaki Maulana Abu Bakar dan menjadi anak muridnya. Peristiwa ini memperkukuhkan lagi persoalan ketinggian ilmu agama dalam kehidupan.


PERISTIWA LANGKAH MEMBASMI PENCURI
Tanggungjawab seorang pemimpin terhadap rakyatnya.
Sifat bertanggungjawab ini boleh dilihat pada Sultan Alaudin Riayat Shah dalam peristiwa membasmi pencuri. Sultan Alaudin Riayat Syah menyamar dan keluar untuk melihat keadaan negerinya. Baginda turut serta bersama Hang Isap dalam mengalahkan pencuri dan baginda juga membina balai di simpang empat di tengah negeri bagi membolehkan orang ramai meletakkan semua harta yang diperoleh dan ditemui daripada pencuri agar dapat diambil semula oleh tuannya. Tindakan baginda telah menunjukkann bahawa dia seorang pemerintah yang melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

TEMA SEJARAH MELAYU


Sejarah melayu bertemakan kisah raja-raja Melayu yang memerintah 
Negeri-negeri Melayu dan segalaadat istiadat yang menunjukkan satu 
tatacara pentadbiran menurut etika adat yang bersandarkankepada ajaran islam.

HUBUNGAN MELAKA DENGAN SIAM


Melaka menghantar utusan ke Siam yang terdiri daripada Tun Telanai dan Menteri Tun Jana Putera. Hubungan Melaka dengan Siam dikatakan sepi, “tidak berkelahi dan tidak berdamai." Melaka ingin bersahabat dan berbaik-baik dengan Siam lalu menghantar utusan sebagai suatu tanda menghulur persahabatan.  Di Siam, utusan dan rombongan Melaka diterima dengan baik. Raja Siam bertanya makna "Mansur Syah". Utusan Melaka memberitahu makna Mansur Syah "raja yang ditolong Allah daripada segala seterunya."
Dipertontonkan kehebatan orang Melaka melalui pertunjukkan lembing. Seorang Suir tua, berpenyakit untut di kaki, bermain lembing, dilambung-lambung, ditahan belakang tetapi tidak luka sebaliknya terpelanting ke tanah.
Rombongan Melaka membantu Siam dengan menentang musuh Siam. Rombongan Melaka berjaya meyakinkan Siam supaya mereka hanya akan menentang musuh yang lebih lebih lemah dan terselamat daripada menghadapi musuh yang lebih kuat dari arah matahari naik. Dengan kebijaksanaan itu, mereka berjaya mengalahkan musuh-musuh Siam. Siam menaruh kepercayaan dan keyakinan pada Melaka sebagai negeri yang kuat dan negeri besar yang setaraf dengan kebesaran Siam. Melaka berjaya dalam usahanya berbaik- baik dengan Siam. Langkah ini dapat menjamin keutuhan Melaka serta meningkatkan kedudukan Melaka setanding dengan kebesaran Siam. Tumpuan dapat diberikan kepada usaha-usaha membangunkan Melaka.

HUBUNGAN MELAKA DENGAN MAJAPAHIT


Kisah hubungan Melaka dengan Majapahit berupa cerita berunsur anakronisme. Melaka telah menghantar rombongan ke Majapahit kerana Sultan Mansur Syah jatuh berahi kepada Puteri Majapahit, Raden Galuh Cendera Kirana yang terkenal cantik. Dengan itu rombongan itu berhasrat meminang puteri Majapahit itu.Rombongan Melaka terdiri daripada Sultan Mansur Syah, Tun Bijaya Sura, Hang Tuah bersama Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin. Mereka menaiki 500 buah perahu besar, perahu-perahu kecil dan lancaran bertiang tiga dari Singapura. Ketika di Majapahit, Tun Bijaya Sura dapat selamatkan 40 keris daripada dicuri orang Majapahit. Selain itu Tun Bijaya Sura telah menggertak anjing yang ditambat di hadapan raja Melaka hingga terputus tali tambatan lalulari ke hutan. Hang Jebat dan Hang Kasturi pula masuk ke taman larangan. Apabila mereka ditombaki oleh Jawa, mereka dapat mematahkan serangan. Ketika mengadap Betara Majapahit, Tun Bijaya Sura bermain sapu-sapu rengit. Kain disingsing ke lutut. Pemain berlenjur kaki di depan Betara yang bertujuan menghina Betara. Tun Bijaya Sura diminta berpakaian cara Jawa.Ketika itulah kerisnya dicuri orang. Walau bagaimanapun beliau dapat menyendal keris Betara Majapahit. Apabila Betara menunjukkan keris Tun Bijaya Sura, Tun Bijaya Sura juga menunjukkan keris Betara.
Setelah menguji kekuatan Melaka, Majapahit mengakui keutuhan Melaka. Kekuatan dan kebijaksanaan hulubalang Melaka melambangkan kebesaran raja Melaka. Majapahit mengakui kekuatan Melaka. Setuju menerima raja Melaka sebagai menantu. Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Majapahit lebih kukuh kerana diasaskan kepada hubungan kekeluargaan.

HUBUNGAN MELAKA DENGAN CHINA


Rombongan pertama dari Melaka ke China diketuai oleh Tun Perpatih Putih. Rombongan ke China kali pertama ini bertujuan untuk membalas bingkisan dan surat yang dihantar oleh raja China. Raja China telah menghantar "surat" dan bingkis berupa jarum sarat sebuah pilau yang memberi maksud akan kebesaran China dan rakyatnya ramai. Melaka membalas dengan membawa pilau yang sarat diisi sagu rendang. Di China, Tun perpatih Putih memberitahu cara buat sagu. Setiap seorang rakyat Melaka menggentel sagu seorang sebiji. Jumlah sagu dlam pilau itu melambangkan jumlah rakyat Melaka. Tun Perpatih Putih memakai 10 bentuk cincin pada kesepuluh jari kiri dan kanan. Sewaktu menghadap, pembesar-pembesar China menjeling pada jari beliau. Beliau akan memberi cincin itu pada pembesar China yang menjeling jarinya. Tun Perpatih Putih memberitahu makanan kegemaran orang Melaka islah sayur kangkung tidak dikerat-kerat. Ketika makan, rombongan Melaka terpaksa mendongak untuk menyuap kangkung yang tidak dikerat itu ke mulut. Muslihat ini bertujuan ingin lihat wajah Maharaja China dalam mongkor kaca. Sebagai menghargai raja Melaka, Raja China menghantar Puteri Hang Liu untuk berkahwin dengan raja Melaka. Raja China bersetuju menghantar puterinya disebabkan niatnya supaya raja Melaka mengirim surat sembah ke China. Tun Perpatih Putih beri alasan Raja Melaka tidak dapat datang kerana Melaka berada dalam permusuhan. Hubungan Melaka-China terjalin lebih erat bukan sahaja hubungan diplomatik antara dua negara, juga hubungan keluarga. Selepas itu beras makanan raja China dikupas sama seperti beras makanan Raja Melaka yang juga dikupas, dan orang China jugagemar makan kangkung.
Melaka seterusnya menghantar rombongan ke China untuk kali kedua untuk menghantar surat sembah kepada raja China setelah raja Melaka menjadi menantu. Utusan kali ini diketuai oleh Menteri Jana Putera dan Tun Telanai. Ketika belayar ke China, kapal angkatan Melaka terbias ke Brunei . Raja Brunei bertanya sama ada raja Melaka mengirim sembah ke China. Rombongan Melaka membuat alasan rakyat yang mengirim sembah bukan bukannya raja Melaka. Raja Brunei mengutuskan surat kepada Raja Melaka. Surat Raja Brunei akan di ke Melaka semasa rombongan itu kembali dari China. Raja China yang menerima sembah daripada Raja Melaka mendapat penyakit kedal diseluruh badan. Seluruh tabib China tidak dapat mengatasi masalah itu. Seorang tabib mencadangkan supaya Raja China minum air basuh kaki raja Melaka untuk mengubati penyakit kedal itu. China menghantar utusan ke Melaka untuk mendapatkan air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Air kaki Sultan mansur Syah itu diminum dan digunakan untuk membasuh badan raja China. Raja China kemudiannya sembuh lalu berikrar tidak akan menerima lagi sembah daripada raja Melaka.
Peristiwa ini memberi gambaran bahawa raja Melaka mempunyai daulat dan kebesaran yang mengatasi kebesaran raja China.