Tuesday, May 29, 2018

HUBUNGAN MELAKA DENGAN BENUA KELING


Hubungan Melaka dengan benua Keling berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Kali ini Hang dilantik Nadim menjadi utusan. Beliau memiliki kepakaran tulis menulis dan melukis corak. Hang Nadim dihantar ke benua Keling atas urusan perniagaan serta membeli kain serasah sebanyak 40 helai. Setiap helai mempunyai 40 perkara. Di Benua Keling Hang Nadim tidak berkenaan dengan corak kain yang dilukis oleh pelukis-pelukis Keling. Hang Nadim akhirnya melukis sendiri corak kain itu seperti yang dikehendaki oleh raja Melaka. Kemudian pelukis-pelukis Keling meniru corak yang ditunjukkan Hang Nadim. Untuk pulang ke Malaka, Hang Nadim menumpang kapal Hang Isap walaupun sebelum itu seorang sayid bersumpah bahawa kapal Hang Isap akan ditimpa bencana ketika pulang berikutan Hang Isap tidak menjelaskan hutangnya kepada sayid itu. Hang Isap mengaku telah melunaskan segala hutangnya tetapi Saiyid itu tetap bertegas bahawa Hang Isap masih berhutang. Di pertengahan pelayaran kapal Hang Isap telah karam. Kain-kain serasah yang dipesan hanya 4 helai sahaja dapat diselamatkan. Berikutan hal itu, Hang Nadim dimurkai raja Melaka.


NILAI KEMANUSIAAN/ KEMASYARAKATAN/ KEAGAMAAN/MORAL


Kemanusiaan  bermaksud hal-hal mengenai manusia atau sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia itu meliputi hal-hal yang baik dan murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu yang seharusnya dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana kelebihan kejadian sifat manusia yang dianugerah akal dan budi disamping nafsu. Kemanusiaan juga dilihat dari sudut sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau sesuatu yang jahat dan buruk. Dalam konteks perbincangan ini, unsur kemanusiaan akan dilihat dari kedua-dua sudut di atas.

Dengan lain perkataan, unsur kemanusiaan dilihat dari sudut;
1. Sifat-sifat positif atau nilai-nilai baik, murni yang meng­utamakan nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti adil, berbudi bahasa, berjasa, bertimbang­rasa,nasihat  menasihati atau pengajaran.
2. sifat-sifat negatif atau yang jahat dan buruk yang menge­npikan nilai-nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat­-sifat ini seperti sifat kejam dan gangs, perasaan dendam dan iri hati, pemarah dan emosinal, curang (belot), tamak haloba, cemburu dan zalim.

Meneliti unsur-unsur kemanusiaan dalam Sejarah Melayu dapat dilihat daripada sudut;
i.    Perbuatan atau tingkah laku.
ii.   Kata-kata atau dialog watak.
Kedua-dua sudut di atas biasanya akan melibatkan golon­gan raja dan pembesar-pembesar kerana peristiwa atau kisah dalam Sejarah Melayu adalah bersifat "istana-centrik". Jadi penglibatan golongan raja dan pembesar jelas dalam urusan pentadbiran negeri serta yang melibatkan peranan mereka dalam hubungan sesebuah kerajaan. Dengan lain perkataan, penelitian unsur-unsur kemanusiaan dalam konteks perbin­cangan di sini akan berkait secara langsung dengan pengli­batan dan peranan golongan istana (raja dan pembesar) dengan pemerintahnya.

KEMANUSIAAN YANG POSITIF (MENGUTAMAKAN NILAI KEMANUSIAAN)

1.  Sejarah Melayu menyebut dengan jelas tentang beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat adil dan bijaksana. Mereka mengu­tamakan tanggungjawab dan amanah sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai.

2. Sifat dan kelakuan Berbudi Bahasa juga merupakan salah satu sifat yang amat mulia.
Bendahara Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa tinggi. Walau pun ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan peri­badinya kerana enggan menolong Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan Pasai itu enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi apabila di­tanya oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan peribadi Hang Tuah sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan kemuliaan budi Ben­dahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah da­tang memohon maaf dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang Tuah.

3. Berjasa dan Berbakti : Dalam konteks pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran tertentu.

4. Memberi Nasihat dan Pengajaran : Nasihat menasihati antara satu dengan yang lain amatlah dituntut dalam me­ngatur kehidupan agar tidak tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan abadi. Golongan tua biasanya bertindak sebagai penunjuk ajar, memberi pengajaran ke­pada yang lebih muda dengan harapan tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas-batas kemanusiaan serta dapat berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban kepada golongan masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan pengajaran ke arah kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah jenis wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan pengajaran.

5.Keimanan dan Ketakwaan : Sifat-sifat ini berkait dengan amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketak­waan manusia akan hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan soal-soal keimanan ini diceritakan terutama dalam episod-­episod seperti Raja dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang datang dari Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pemah belajar agama pada Makhdum Sadar Jehan.

LATAR MASA/ MASYARAKAT/ TEMPAT


Latar Masa
Latar masa menunjukkan bila peristiwa itu berlaku. Merujuk kepada zaman, era dan musim.
Contoh latar masa yang terkandung dalam Sejarah Melayu ialah
1.     Dari pagi-pagi hari
Dari pagi-pagi hari Seri Rakna Wikrama sudah keluar diadap orang, dan Tun Perpatih Pandak pula masuk mengadap (hlmn. 53)

2.    Setelah keesokan harinya
Setelah keesokan harinya, maka segala kelengkapan Palembang pun kelihatanlah dari atas pelarian kota, maka gemparlah segala orang mengatakan Seri Teri Buana telah kelihatan kelengkapannya. (hlmn. 33)


Latar Masyarakat
Latar masyarakat bermaksud gambaran kehidupan masyarakat yang di paparkan di dalam sesebuah karya.


Latar Tempat
Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Latar tempat dalam karya-karya sastera berfungsi sebagai media kepada para pelaku (watak-watak) untuk menjalankan gerak kerja mereka. Tanpa latar tempat yang sesuai, jalan cerita akan menjadi hambar dan tidak mampu untuk menarik perhatian pembaca.

WATAK DAN PERWATAKAN


PEMERINTAH :
Raja Iskandar Zul-Karnain
·         Anak kepada raja Darab
·         Keturunan Rom
·         Memerintah negeri bernama Makaduniah
·         Bergelar Raja Iskandar Zul-Karnain
·         Seorang pahlawan yang berani dan masyhur
·         Seorang raja yang adil dan bertimbang rasa

Sultan Muzaffar Syah
·         Raja Kassim, anakanda kepada Sultan Muhammad Syah dengan Tun Wati.
·         Sultan Muzaffar Shah (1445 - 1459) ialah raja Melaka yang pertama menggunakan gelaran sultan.
·         Seorang pemerintah yang bijaksana dalam menghadapi serangan musuh.
·         Seorang yang adil dan tidak pentingkan diri sendiri.

Sultan Mansur Syah
·         Nama sebenar Raja Abdullah
·         Bijak dalam menjalankan pemerintah dan peluasan wilayah
·         Adil dalam memerintah dan dibantu oleh Tun Perak


Sultan Alauddin Riayat Syah
·         Nama sebenar Raja Hussain
·         Mementingkan keamanan negeri Melaka
·         Seorang yang berani dalam peristiwa membanteras pencuri
·         Seorang yang adil

Sultan Mahmud Syah
·         Seorang sultan yang bersikap tidak adil dan zalim dalam pemerintahan
·         Seorang raja yang tamak dan mementingkan diri sendiri
·         Berlaku kejatuhan dalam pemerintahan
·         Mempunyai ramai isteri


PEMBESAR

Tun Perak
·         Anak bendahara Seri Wak Raja
·         Seorang yang bijaksana
·         Seorang yang taat dan setia pada perintah sultan
·         Seorang yang merendah diri
·         Seorang pegawai kanan pentadbiran yang berani, cekap dan pintar.

Hang Tuah
·         Asal keturunan anak raja Bajung
·         Nama asalnya Daeng Mempawah
·         Seorang yang sangat berani
·         Seorang yang taat dan setia pada arahan sultan
·         Seorang yang bijaksana dalam menghadapi musuh

GAYA BAHASA


SIMILE
Simile ialah tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama secara langsung. Simile menggunakan perkataan bandingan “seperti, bagai, laksana, bak”. Contoh penggunaan simile boleh dilihat pada muka surat 45 :
              “... syahadan nipisnya seperti kertas, digulungnya seperti subang”

ASONANSI
Asonansi  merupakan pengulangan bunyi huruf vokal yang berturutan dalam satu baris. Gaya bahasa asonansi dapat dilihat pada muka surat 214.
“Asa-asaan gigi si Mambang, hendak makan ikan,
Dalam telaga lagi bertelur, sisiknya gilang-gemilang”
Contoh di atas mengandungi pengulangan huruf vokal “a” sebanyak 11 kali dalam baris pertama.

ALITERASI
Aliterasi merujuk kepada pengulangan bunyi konsonan pada awal kata atau bunyi vokal yang berturut-turut atau perulangan perkataan atau suku kata yang berhampiran. Perulangan itu terdapat dalam rentetan kata atau dalam satu baris puisi. Contoh pada muka surat 214.
            “Kuning Ledang bagai dikarang,
            Riang-riang disambar wakab,
            Hairan memandang dunia sekarang,
            Bayang-bayang hendak ditangkap”
Pengulangan huruf konsonan “n” pada baris ketiga membuktikan kewujudan gaya bahasa aliterasi dalam Sulalatus Salatin.

HIPERBOLA
Hiperbola didefinisikan sebagai satu perbandingan yang melampau. Di samping itu, hiperbola juga merujuk satu pernyataan yang berlebih-lebihan. Gaya bahasa hiperbola boleh dilihat pada muka surat 20.
“... padinya berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa”

PERANAN SEJARAH MELAYU DAN FUNGSINYA


Sejarah Melayu sememangnya patut menjadi bacaan wajib semua orang Melayu. Kitab inilah yang sebenarnya menggalurkan sejarah orang Melayu dan raja-rajanya dikatakan berasal daripada Iskandar Zulkarnain hinggalah pada zaman Kerajaan Melayu Johor. Kitab ini bukan saja menumpukan kepada kisah raja-raja dan orang-orang besar tetapi juga kisah rakyat jelata.
Hal ini demikian sama dengan Salasilah Melayu dan Bugis, Taufat al-Nafis dan Hikayat Raja-Raja Pasai, kitab Sejarah Melayu tidak boleh dilihat dalam konteks ‘sejarah’ hari ini. Kitab-kitab ini menggunakan pelbagai sumber termasuk mitos dan legenda bagi meriwayatkan sejarah. Ada kalanya, peristiwa tersebut sukar diterima atau episod yang digambarkan sebagai sejarah. Tetapi bahan-bahan yang dianggap tidak objektif dan tepat ini punya peranannya yang tersendiri. Oleh sebab itu, kitab Sejarah Melayu dikategorikan sebagai historiografi Melayu.
Selain itu, Sejarah Melayu memancarkan nilai dan pandangan dunia orang Melayu. Hal ini demikian kerana banyak peristiwa di dalamnya yang memberikan bayangan bagaimana legitimasi raja diperkukuh melalui mitos dan legenda. Di samping itu, terdapat juga banyak cerita penganiayaan yang dilakukan ke atas rakyat. Juga cerita tentang gagalnya orang Melayu menghormati kepandaian dan kecerdikan seperti yang berlaku pada budak yang menyelamatkan Singapura daripada dilanggar todak.
Melihat kepada makna kesetiaan yang ditunjukkan oleh Hang Tuah dalam Sejarah Melayu. Berbeza dengan Hikayat Hang Tuah, teman Hang Tuah yang menderhaka adalah Hang Kasturi. Pengabdian Hang Tuah mutlak terhadap rajanya. Orang Melayu pada masa itu tidak ada pilihan melainkan bersetia pada rajanya. Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan malapetaka luar biasa. Perakara ini dapat dilihat pada watak Sang Rajuna Tapa yang belot di Singapura kerana membuka gerbang untuk kemasukan tentera Betara Majapahit, dia dan isterinya menjadi batu dan beras di rumahnya menjadi tanah.
Terlalu banyak kisah dalam Sejarah Melayu yang hebat dan luar biasa, malah menjadi potensi bahan filem dan drama TV. Badang merupakan Hercules Melayu dengan kekuatannya. Semerluki, panglima Bugis yang bersumpah tidak akan ke Tanah Melayu sekiranya batu yang dicampakkan ke laut, timbul. Tun Jana Khatib dengan keilmuan yang hebat lalu dicemburui raja. Tun Kudu harus menyerah dirinya pada Tun Ali bagi membolehkan adiknya Tun Perak menjadi bendahara. Sultan Muzafir Shah pernah dibuang menjadi nelayan. Raja China menghantar Puteri Hang Li Po ke Melaka. Jangan lupa kisah pengkhianat Raja Mendeliar dan Si Kitul yang menyebabkan kehancuran Melaka.
Sejarah Melayu juga memuatkan kisah Bendahara Seri Wak Raja yang membunuh diri kerana berasa malu apabila pintu ditutup orang sewaktu beliau hendak masuk menghadap. Bendahara ini ayah kepada Tun Kudu dan Tun Perak. Juga kisah Sultan Alauddin Shah yang turun padang melihat rakyatnya di waktu malam.

UNSUR PENGETAHUAN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN SEJARAH MELAYU


UNSUR AGAMA
Kemasukan Islam Ke Pasai Dan Melaka
Penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan dengan tujuan untuk mengagungkan Islam dan menunjukkan keistimewaan raja itu sendiri. Penceritaannya memberi gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka, bermula dari istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah. Gelaran Sultan diguna pakai setelah Raja Melaka memeluk Islam.

Penyebutan Tokoh Dan Ulama Islam
Antaranya Iskandar Zul-Karnian, yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah dan berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia.

Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah, tokoh-tokoh nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir. Sulalatus Salatin menceritakan pernikahan Raja Iskandar Zul-Karnain dengan Puteri Syahrul-Bariyah disempurnakan oleh Nabi Khidir.

Tokoh-tokoh pendakwah Islam, iaitu ulama-ulama Islam dari Asia Barat (TimurTengah) datang ke Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka. Tokoh-tokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf, dan Maulana Sadar Jahan.Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka.

Adat Istiadat Dan Undang-Undang
Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah kahwin, dan perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raja Korban.

Menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya wasiat kepada Raja Ahmad (timang-timangan Raja Hussain) (Sulalatus Salatin, hlm. 171-172) dan wasia`t Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada Sultan Mahmud (Raja Mamad) (Sulalatus Salatin, hlm.186-187). Melalui wasiat, banyak didapati unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.

SEJARAH
Nama-Nama Tempat
Unsur-unsur sejarah nama tempat turut terdapat di dalam karya Sejarah Melayu. Nama tempat yang dikarangkan oleh Tun Seri Lanang nyata wujud sehingga ke hari ini. Negeri-negeri yang menjadi tumpuan perbincangan Tun Seri Lanang itu sejajar dengan kedudukan raja-raja berasal dari pahlawan dan yang berdaulat. Sejarah Melayu menceritakan tentang pembukaan tempat atau negeri seperti Melaka, Pasai dan Singapura.
Di dalam cerita berhubung pembukaan negeri Pasai, nama samudera dikisahkan lahirnya daripada kewujudan semut yang amat besar. Yusoff Iskandar mengatakan peristiwa pemberian nama Pasai dari nama seekor anjing, Si Pasai dan terjumpanya seekor semut besar (samudera) di mana tempat tersebut di panggil Samudera kemudiannya.
Di dalam Sejarah Melayu juga, Temasik telah digantikan namanya menjadi Singapura berdasarkan kepada nama binatang singa yang amat gagah tubuhnya yang dilihat oleh Sanh Nila Utama. Namun, menurut Hsu Tun Tsio tentang asal usul Singapura dinamakan, adalah kerana terlihatnya seekor yang maha tangkas lakunya, merah warna tubuhnya, hitam kepalanya, dan putih dadanya, dan sikapnya terlalu pantas dan perkasa, besar sedikit daripada kambing randok, kononnya ia adalah binatang singa, maka dinamakanlah tempat itu sebagai Kota Singa.
Akan tetapi, bukan sahaja di Singapura, tetapi di seluruh alam Tanah Melayu, tidak pernah terdapat binatang singa (Zahrah Ibrahim, 1986:52). Katanya lagi, kebanyakkan tempat-tempat yang menggunakan binatang singa sebagai namanya ialah kebanyakan yang terdiri daripada pulau-pulau. Manakala, Melaka pula mengambil nama sempena kejadian pelanduk menedang anjing buruan dan secara kebetulan pohon tempat Raja Iskandar berteduh itu bernama Melaka.

KEMANUSIAAN
Sejarah Melayu menyebut dengan jelas tentang beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat adil dan bijaksana. Mereka mengu­tamakan tanggungjawab dan amanah sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai.

Berjasa dan berbakti : Dalam konteks pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran tertentu.