VIDEO PUISI CERMIN ADAB (Tun Fatimah Dipasung Rindu)
Tuesday, May 29, 2018
LATAR BELAKANG TUN SERI LANANG

Tun Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tun Seri Lanang telah dilahirkan dalam tahun 1565M di Seluyut, Johor Lama. Di Johor Lama beliau telah dilantik sebagai bendahara kepada dua sultan iaitu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II tahun 1570M hingga 1597M dan Sultan Alauddin Shah III tahun 1597M hingga 1612M. Semasa di Aceh pula, selain berkhidmat sebagai penasihat kepada tiga rajanya, Tun Seri Lanang sendiri pernah berperanan sebagai pemerintah, menjadi raja kenegerian Samalanga, iaitu sebuah wilayah jajahan dalam kesultanan Aceh Darussalam, memerintah selama lebih 40 tahun lamanya, iaitu suatu tempoh yang panjang untuk memberikan impak yang besar kepada pemerintahannya. Dalam hal ini, Tun Seri Lanang sememangnya diketahui meninggalkan warisan-warisan agama, budaya dan keturunan pemerintah, yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Samalanga. Pada Mei 1612M, Tun Seri Lanang telah menerima titah raja Abdullah atau Yang dipertuan di Hilir untuk mengarang Sulalatus Salatin iaitu semasa Raja Abdullah bersemayam di Pasir Raja atau dikenali Pekan Tua. Semenjak tahun 1613M, Sultan Aceh Darusssalam yang terkenal iaitu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636M) telah membuat serangan ke atas banyak negeri-negeri Melayu termasuk Johor Lama, Pahang Lama, Perak dan kerajaan-kerajaan lainnya, dibuat sebagai strategi Sultan Iskandar Muda untuk menghambat pengaruh dan kuasa Portugis dari kepulauan Melayu serta meluaskan kepentingan kerajaannya yang besar. Pada 1659M, Tun Seri Lanang telah meninggal dunia di Samalanga, Aceh dan zuriatnya berterusan menjadi pemeritah otonomi di sana manakala sebahagian zuriatnya kembali ke Johor lalu ditakdirkan menjadi Raja-raja Melayu khususnya di Pahang, Terengganu dan Johor Moden sehingga ke hari ini. Makam Tun Seri Lanang telah dipagar dan dijaga oleh pihak berkuasa di Samalanga dan sentiasa dikunjungi oleh peminat dan pengkaji sejarah, khususnya dari Malaysia dan Indonesia.
RINGKASAN BAB 1
Bab ini menceritakan tentang Raja
Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi. Raja
Kida Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain. Kemudian Raja
Iskandar berkahwin dengan Puteri Syahrul-Baryah, anak Raja Kida Hindi dan
mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah. Raja Suran iaitu keturunan
Raja Iskandar memerintah negeri Amdan Nagara dan baginda ingin menyerang China
untuk meluaskan jajahan takluknya. Raja Suran sampai ke Gangga Nagara dalam perjalanan
ke China dan berjaya menewaskan Raja Gangga Syah Johan dan baginda berkahwin
dengan Puteri Dara Segangga. Setelah itu, Raja Suran sampai di negeri Langgiu
dan baginda telah menewaskan Raja Chulan. Raja Suran kemudiannya mengahwini
Puteri Onang Kiu.
Apabila Raja Suran berada
di Temasik, orang China telah membuat muslihat dengan menghantar orang-orang
tua yang tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah
kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China. Raja Suran
turun ke laut dan apabila sampai di negeri Dika maka baginda berkahwin dengan
Puteri Mahtabul Bahri, anak raja Aktabu’l-Ard. Raja Suran dikurniakan tiga
orang anak dengan Puteri Mahtabul Bahri dan telah mewasiatkan supaya Raja
Aktabu’l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa. Setelah itu, maka
Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan.
RINGKASAN BAB 2
Bab ini menceritakan tentang
anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu’l-Ard, iaitu Nila
Pahlawan, Nila Utama dan Krisyna Pandita telah dewasa dan dihantar ke dunia
dengan menaiki lembu putih. Anak-anak Raja Suran telah muncul di Bukit
Siguntang pada waktu malam dan menyebabkan padi Wan Empuk dan Wan Malini
berbuahkan emas, daunnya menjadi perak dan batangnya menjadi suasa. Daripada
peristiwa itu, telah wujud perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan
anak-anak Raja Suran. Lembu putih yang dinaiki anak-anak Raja Suran telah
memuntahkan buih lalu keluarlah seorang lelaki yang diberi nama Batala. Nila
Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi raja di
Tanjung Pura manakala Nila Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang. Nila
Utama atau Seri Teri Buana ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi
ayahnya Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu
akhirnya dimaterai untuk menjaga perhubungan raja dengan rakyat. Maka Seri Teri
Buana dan Raden Ratna Cendera Puri berkahwin serta didapati bahawa isterinya
itu tidak kedal. Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan
diambil oleh Wan Seri Beni sebagai anak angkat. Seri Teri Buana kemudian
berburu di Bengkilau dengan pembesar-pembesar Bintan dan Seri Teri Buana
terlihat satu tempat iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu. Walaubagaimanapun,
kenaikan iaitu bahtera Seri Teri Buana dipukul ribut dalam perjalanan ke
Temasek dan ribut itu reda setelah baginda meletakkan mahkotanya di air.
Setelah itu, Seri Teri Buana telah membuka negeri di Temasek dan diberi nama
Singapura berdasarkan nama singa. Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja
Singapura yang pertama oleh Wan Seri Beni.
RINGKASAN BAB 3
Seri Teri Buana menghantar
rombongan peminangan ke benua Keling untuk meminang Puteri Nila Pancadi
untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar. Seri Teri Buana mangkat dan
diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira.Paduka Seri
Pikrama Wira melantik beberapa jawatan penting seperti
Bendahara, Menteri, Penghulu Bendahari, dan Hulubalang. Betara Majapahit
telah menghantar utusan ke Singapura dengan bingkisan "Sekeping
tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan
bergulung seperti subang". Paduka Seri Pikrama Wira tersalah anggap
dan bertindak membalas utusan itu dengan mencukur kepala seorang budak dan
beliungnya dihantar ke Majapahit.Terjadi peperangan antara Singapura
dengan Majapahit tetapi Singapura tidak kalah.Kemangkatan Paduka Seri Pikrama
Wira. Raja Muda dilantik menjadi raja Singapura dengan gelaran Rakna Wikrama.
Badang menahan lukah tetapi
ikannya dimakan hantu. Badang dapat menangkap hantu itu
tetapi hantu meminta Badang melepaskannya dan permintaan Badang akan
ditunaikan. Badang meminta kekuatan dan Badang terpaksa makan
muntah hantu itu. Badang menjadi kuat dan dapat menebas hutan dalam
masa yang singkat sehingga dimerdekakan oleh
tuannya.Badang mengalahkan pahlawan dari Benua Keling bernama Nadi
Bija Niakra. Badang hampir-hampir berlawan dengan Benderang, iaitu pahlawan
dari Perlak tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan alasan
tidak mahu terjadi permusuhan pada kemudian hari. Seri Rakna
Wikrama mangkat dan digantikan oleh anak baginda dengan gelaran
Paduka Seri Maharaja.
Merah Silu menahan lukah dan
selalu mendapat cacing gelang-gelang. Apabila direbus cacing gelang-gelang itu
bertukar menjadi emas. Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu
melarikan diri ke Rimba Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan
menamakan tempat tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang
dilihatnya. Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat
Semundra. Tugas itu dilaksanakan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad yang
datang ke Semundra. Fakir Muhammad mengislamkan penduduk-penduduk di
Fansuri, Haru, Lamiri, dan Perlak. Fakir Muhammad berjumpa Merah Silu di pantai
dan mengislamkan beliau dan menukarkan namanya kepada Sultan
Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-Salleh mendapat dua orang putera iaitu
Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur.
Sultan Maliku't-Tahir dirajakan
di Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din menjadi Mangkubuminya. Sultan
Maliku's-Salleh gering dan mewasiatkan kepada anak-anak baginda supaya
berbaik-baik dan Semundra diperintah oleh Sultan Maliku'l-Mansur.Raja
Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu
melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang
yang gagah di dalam empat buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala
ayam oleh raja Syahru’n-Nuwi. Sidi Ali Ghiatu’d Din bermuafakat dengan mentari
untuk membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din berusaha untuk
menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Beliau telah memberikan
hadiah berharga kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja Syahru'n-Nuwi berjanji
akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din sebagai
balasan. Sidi Ali Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai daripada
raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda. Raja Pasai dibawa
pulang.
Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke
Pasai untuk melawat Sultan Maliku't-Tahir walaupun ditegah
oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din. Sultan Maliku'l-Mansur mengambil
dayang Sultan Maliku't-Tahir dan dibawa pulang ke Semundra. Saltan
Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-Mansur dan berusaha
untuk menangkapnya.Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu muslihat berjaya
menangkap Sultan Maliku'l-Mansur. Sidi Asma Yaumi'd-Din dipenggal
lehernya dan kepalanya dibuang ke laut manakala Sultan' Mlaliku'l-Mansur
dibawa berperahu ke Manjung. Sultan
Maliku'l-Mansur berjumpa dengan kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din dan
baginda meminta badan Sidi Asma Yaumi'd-Din untuk dicantumkan dengan
kepalanya kemudian dikebumikan di Padang Maya. Sultan Maliku’t-Tahir menjumput
Sultan Maliku'l-Mansur pulang kerana baginda menyesal bermusuh-musuhan
dengan saudara sendiri.Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur
Sidi Asma Yaumi'd-Din.
RINGKASAN BAB 4
Tuan Jana Khatib dari Pasai
datang ke Singapura. Apabila lalu berhampiran istana raja, beliau menilik
batang pinang sehingga terbelah dua. Paduka Seri Maharaja murkakan Tuan Jana
Khatib dan menganggap Tuan Jana Khatib sengaja menunjukkan kepandaian di
depan isteri baginda. Tuan Jana Khatib dibunuh dan badannya ghaib ke
Lengkawi.
Todak menyerang Singapura
dan ramai rakyat mati. Seorang budak mencadangkan agar digunakan batang pisang
sebagai penahan serangan todak dan menghasilkan kejayaan.
Budak itu dibunuh kerana
disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu ketika nanti.
Paduka Seri
Maharaja mangkat dan digantikan oleh Raja Iskandar Syah. Anak Sang
Rajuna Tapa difitnah berbuat jahat dengan lelaki lain dan dihukum
sula oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa marah akan
tindakan Raja Iskandar Syah
dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura dan beliau sedia
membantu Majapahit.
Singapura dapat dikalahkan oleh
Majapahit dan Raja Iskandar Syah melarikan diri ke hulu Muar, manakala Sang
Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu.
Raja Iskandar Syah menemui
beberapa tempat, seperti Biawak Busuk dan Kota Buruk. Raja Iskandar
Syah membuka Melaka berdasarkan peristiwa pelanduk putih
menendang anjing perburuan. Peristiwa itu dilihat dari bawah pokok
Melaka. Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda, Raja
Muda. Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya
digantikan pula oleh Raja Kecil Besar selepas kemangkatan Raden
Tengah. Syed Abdul Aziz datang ke Melaka dan mengislamkan pendudukan Melaka.
Sultan Muhammad Syah menetapkan adat kepada rakyat untuk membezakan raja
dengan rakyat. Pembesar-pembesar istana juga dikenakan peraturan-peraturan
tertentu supaya dapat mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka.
Mani Purindan ke Melaka dari
benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna Sandari. Mereka dikurniakan dua
orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muharnmad Syah berkahwin
dengan Tun Ratna Wati dan mendapat seorang anak iaitu Raja Kassim.
SultanMuhammad Syah juga berkahwin dengan anak raja Rekan, mendapat
seorang anak iaitu Raja Ibrahim. Selepas kemangkatan Sultan Muhammad
Syah, Raja Ibrahim menjadi sultan dengan gelaran Sultan
Abu Syahid sementara itu Raja Kassim diusir dari istana. Raja Kassim menyamar sebagai
nelayan dan bermuafakat dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk merebut takhta
kerajaan Melaka. Perebutan takhta berlaku sehingga Raja Rekan
dan Sultan Abu Syahid terbunuh. Raja Kassim ditabal menjadi raja
bergelar Sultan Muzaffar Syah. Bendahara Seri Wak Raja membunuh
diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak menyukainya. Seri Nara
Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara manakala, Tun Perak, iaitu
anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di Kelang.
RINGKASAN BAB 5
Sultan Muzaffar Syah mengumpulkan
rakyat menghadapi serangan Siam. Tun Perak membawa
angkatan dari Kelang bersama anak isteri mereka sekali. Awi
Cakri menyerang Melaka tetapi tidak dapat
menewaskan Melaka.Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka sehingga diiantik
menjadi menteri. Rakyat Melaka berpecah belah, satu berpihak
kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan ini
membimbangkan Sultan Muzaffar Syah. Sultan Muzaffar
Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara
Diraja. Hal ini bertujuan mendamaikan Melaka. Tun Perak menjadi
Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja manakaia Tun Ali menjadi
Seri Nara Diraja, memegang jawatan Penghulu
Bendahari. Siam menyerang Melaka buat kali kedua di bawah
pimpinan Awi Dicu. Tun Perak meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di
tepi pantai. Awi Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam.Tuan
Saidi Arab memanah Cau Panden dari Melaka. Cau Panden yang hendak
menyerang Melaka mati di Siam. Sultan Muzaffar Syah mangkat dan
digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah menitahkan
Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka menyerang Indera Pura. Raja Indera Pura,
iaitu Maharaja Dewa Sura ditangkap manakala, puteri baginda, iaitu
Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur
Syah berkeinginan bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera
serta Tun Telanai dititahkan ke Siam. Orang tua dari Melaka berjaya
menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan raja Siam. Tun Telanai dan
Menteri Jana Putera juga berjaya membuat tipu helah sehingga berjaya
mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah
matahari mati.
RINGKASAN BAB 6
Seorang penyadap menjumpai seorang
budak hanyut dan diberi nama Ki Mas Jaya.
Patih Aria Gajah
Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih
suami supaya dapat menjadi Betara Majapahit. Penyadap
membayangkan Ki Mas Jaya akan menjadi Betara Majapahit, dan penyadap
mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria Gajah Mada sekiranya perkara
itu terjadi. Pada hari pemilihan calon suami, Puteri Raden Galoh Awi
Kesuma memilih Ki Mas Jaya sebagai suami. Penyadap menagih
janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya Ningrat
keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada. Satu jawatan baru
yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi
Kara dan diberikan kepada penyadap.
Sultan Mansur Syah
ingin meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang
Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma. Rombongan
Melaka sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaian.
Tun Bija Sura dapat menyelamatkan keris, mencuri keris
Betara Majapahit, menari "sapu-sapu rengit", dan menggertak
anjing yang ditambat berhampiran utusan Melaka. Sultan Mansur
Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana. Kuda
Sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan oleh Hang Tuah.
Hang Tuah difitnah
bermukah dengan dayang raja sehingga sultan menitahkan Hang Tuah
dibunuh. Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah di sebuah
dusun.
Orang-orang Melaka yang diketuai
oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China setelah makan
kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat. Puteri Hang
Liu berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh
Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada
raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei
dan dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak
menyembah China. Raja China mendapat sakit kedal setelah disembah
oleh Sultan Mansur Syah dan ubatnya ialah air basuh kaki Sultan
Mansur Syah. Raja China sembuh daripada penyakitnya setelah menyantap dan
membasuh muka dengan air basuh kaki raja Melaka.
RINGKASAN BAB 7
Hang Jebat mengamuk di
istana Melaka kerana membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Sultan
Mansur Syah mengenang-ngenang akan Hang Tuah memandangkan tidak ada
sesiapa yang berjaya menewaskan Hang Jebat. Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa
Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah dibawa pulang. Hang Tuah bertikam
dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah diberikan
gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur
Syah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar dan
banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara
agar dibuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama
rakyat. Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka
Raja menjaga anak-anaknya. Bendahara Paduka Raja terlihat suatu
cahaya dari langit turun ke kepala Tun Mutahir. Tun Tahir dijadikan Seri
Nara Diraja, iaitu Penghuiu Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi Temenggung
bergelar Seri Maharaja.
Melaka menyerang Kampar
dan Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara Diraja manakala, Khoja Baba
dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi Kampar. Melaka menyeranag Siak
dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara dibunuh oleh Akhtiar Muluk
manakala, Megat Kudu, anak Maharaja Parameswara ditawan. Sultan Mansur
Syah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi dengan Megat Kudu kemudian
Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim. Tun
Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola
sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad.
Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi
ditegah oleh Bendahara. Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di
Pahang memandangkan tidak ada yang menyembah Raja Muhammad di Melaka.
Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng
Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki merompak mencari perempuan di Ujung
Tanah. Semerluki merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan
Mansur Syah lalu menyuruh Laksamana menghalang Semerluki. Orang-orang
Melaka berperang dengan tentera Semerluki dan ramai orang Melaka
mati. Laksamana berjaya menewaskan Semerluki.
Maulana Abu Bakar membawa
kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah dan ramai pembesar
Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar. Sebelum itu kitab itu dirujuk dan
diterjemahkan di Pasai. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke
Pasai merujuk masalah agama dan masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.
RINGKASAN BAB 8
Raja
Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan
diberi nama Pau Gelang. Setelah raja Cempa mangkat, Pau Gelang
dilantik sebagai raja Cempa. Cucu Pau Gelang berkahwln dengan
puteri Majapahit, Raden Galuh Ajeng danberanak raja-raja Cempa sehinggalah
Pau Kubah. Pau Kubah tewas berperang dengan raja Kuci. Syah Indera Berma,
iaitu anak raja Cempa lari ke Melaka. Sultan Zainal Abidin dari
Pasai melarikan diri ke Melaka selepas adindanya merampas takhta. Orang-orang
Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin
berjaya menaiki takhta semula. Sultan Zainal Abidin enggan
menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja, pulang ke Melaka
dengan rasa kecewa. Laksamana mengajak Bendahara merajakan semula Sultan
Zainal Abidin tetapi Bendahara enggan. Sultan Mansur Syah murkakan Bendahara.
Manakala, Laksamana pula memburuk-burukkan Bendahara ketika di Pasai. Bendahara
memuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan apabila Laksamana mengetahui
pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi berjumpa Bendahara untuk
meminta maaf.
Raden Kelang dibunuh oleh orang
mengamuk di Melaka. Sultan Mansur Syah gering dan memberi
wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat. Sultan Mansur
Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan
Alau'd Din Riayat Syah. Melaka diancam pencuri sehingga Sultan
Alau'd-Din Riayat Syah bertindak menyamar diri untuk membanteras
pencuri-pencuri. Temenggung Seri Maharaja bertindak keras dengan mengetatkan
undang-undang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah membuat undang-undang
mencuri dikudungkan tangan manakala, di simpang empat di tengah negeri
dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai.
Raja Pahlawan dari
Haru mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut
'sembah'. Ramai orang Pasai mati. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menyuruh
pahlawan Melaka menghalang orang-orang
Haru. Pertempuran berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang
Haru. Berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.Raja Maluku dan
Telanai Terengganu datang ke Melaka. Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan
Muhammad, iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai
Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda. Sultan
Alau'd-Din Riayat Syah mendapat tahu perkara itu dan menitahkan
pahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan Muhammad membunuh
Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja Muhammad juga ingin
menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan Sultan Alau'd-Din
Riayat Syah untuk menyerang Pahang. Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk
menyelesaikan masalah itu. Laksamana Hang Tuah ke Pahang dan menyuruh
orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja. Apabila
ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai Terengganu, Sultan Muhammad berdalih
dengan mengatakan Telanai Terengganu berlaku biadap.
RINGKASAN BAB 9
Tun Jana Pakibul
membunuh orang di Siak atas suruhan Sultan
Ibrahim dan tidak memberitahu ke Melaka. Laksamana Hang Tuah dihantar
ke Siak dan di sana beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana
membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka. Sultan Alaud'Din Riayat
Syah gering dan baginda memberi wasiat kepada
pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan menasihati beliau
kerana beliau masih kecil. Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka
setelah Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat.
Sultan
Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja
dan Laksamana Hang Tuah. Apabila sembuh, Bendahara dan Laksamana
dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara tidak menggunakannya.
Bendahara Paduka Raja sakit dan memberi wasiat kepada
anak cucunya. Beliau menasihatkan Sultan Mahmud Syah agar jangan ikut nafsu dan
jangan mendengar fitnah. Bendahara Paduka Raja mati dan
digantikan oleh Bendahara Tun Perpatih Putih.
Sultan Mahmud
Syah mengganggu isteri Tun Biajid dan baginda hampir-hampir
dibunuh oleh Tun Biajid. Sultan Mahmud Syah
juga mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali Sandang berada
di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang.
Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud
menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan
dibunuh oleh Seri Wak Raja. Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan
Mahmud kerana lambat datang pada hari raya. Sultan Mahmud menitahkan
Paduka Tuan menyerang Manjong. Manakala, Seri Maharahaja menyerang
Kelantan. Kedua-dua serangan itu berhasil.
RINGKASAN BAB 10
Bendahara Putih mati dan
digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda Sultan
Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara. Kedatangan Patih Adam dari
Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin berkahwin
dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih Adam menuntut
janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam
dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya.Setelah kemangkatan
permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan agar dipinang Puteri Gunung
Ledang. Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia ke Gunung Ledang. Tun
Mamad berjumpa Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke
Gunung Ledang itu. Seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan
menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung
Ledang. Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, Sultan Mahmud membatalkan
niat baginda meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup
menumpahkan darah anakanda baginda. Orang-orang Melaka menjadikan orang
Inderagiri di Melaka sebagai hamba sehingga mereka ingin pulang ke negeri
mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa pulang ke Inderagiri.
Hang Nadim diarahkan ke benua
Keling untuk membeli kain serasah. Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak
kain dikagumi. Hang Nadim pulang ke Melaka tetapi kapal yang
dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap disumpah oleh seorang
wali. Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa balik
kain yang diingini baginda. Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh
Laksamana Khoja Hassan.
RINGKASAN BAB 11
Sultan Abdul
Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu
kemangkatan ayahanda baginda. Sultan Mahmud berasa sedih dan
menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal
Syah. Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan
Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul
Jamal. Hang Nadim ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke
Melaka. Hang Nadimberjaya melarikan Tun Teja setelah
berbaik-baik dengan perempuan tua tukang urut. Hang Nadim berjaya
mengalahkan serangan Pahang di laut. Sultan Abdul Jamal ingin
menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening. Laksamana Khoja Hassan ke Pahang
dan melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat
menewaskan angkatan Pahang yang menyerangnya di laut. Sultan Abdul
Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan oleh
anakanda baginda, Sultan Mansur Syah. Raja Zainal, iaitu adinda kepada
Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan
gadis dan perempuan di Melaka. Sultan Mahmud mahu supaya Raja
Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat.
Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah
dengan Sang Guna. Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh
Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar
rumah.
RINGKASAN BAB 12
Raja Legor ingin
menyerang Pahang atas suruhan raja Siam. Bendahara Seri
Maharaja dititahkan ke Pahang
untuk membantu Pahang. Orang-orang Melaka menyiapkan kubu
pertahanan di Pahang. Terjadi peperanganantara orang Legor
dengan Pahang tetapi Pahang tidak dapat ditewaskan. Tun Perpatih Hitam dan
Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di hadapan
Bendahara. Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya
menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai
Petani dan menjadi raja di sana. Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di
Melaka. Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan nobat.
Kedatangan Peringgi ke
Melaka dan bentuk fizikal mereka menghairankan orang-orang Melaka.
Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo Periera tetapi
gagal menewaskan Melaka. Maulana Sadar Jahan datang ke
Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun Mai Ulat
Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan
memarahi beliau yang susah menyebut perkataan bahasa Arab. Sultan
Mahmud menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai merujuk soal
agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.
RINGKASAN BAB 13
Bendahara Seri Maharaja
hendak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja Dibaruh
menasihatkan agar Bendahara menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud
terlebih dahulu tetapi Bendahara enggan kerana darjat keluarganya
rendah jika dibandingkan dengan Sultan Mahmud.Bendahara mengahwinkan
anaknya dengan Tun Ali. Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara setelah
melihat kecantikan Tun Fatimah. Ali Manu Nayan ingin memberi
rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau. Anak-anak
buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada
saudagar-saudagar kaya di Melaka.
Nina Sura Dewana dan Raja
Mendaliar bertelagah dan meminta Bendahara
menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana hari sudah
petang. Nina Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara Seri
Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul. Si Kitul memberitahu
Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emas kepada
Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar. Raja Mendeliar
memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan memberitahu bahawa Bendahara
Seri Maharaja ingin menderhaka. Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan
Mahmud dan Sultan Mahmud bercadang untuk membunuh Bendahara kerana selama ini
baginda memang berdendam dengan Bendahara
kerana Tun Fatimah. Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja,
Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali dibunuh oleh Sultan Mahmud.
Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun sudah tua dan uzur.
Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah menggugurkan kandungan selepas
berkahwin dengan Sultan Mahmud.Sultan Mahmud turun dari takhta dan
digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan Sultan Ahmad pula merupakan
seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih kasih.
RINGKASAN BAB 14
Peringgi
menyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque tetapi
serangan kali pertama Peringgi ke atas Melaka gagal. Orang-orang
Melaka membaca hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat kerana
Peringgi akan menyerang lagi.
Berlaku pertempuran
hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka sehingga
orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud melarikan
diri hingga ke Pahang. Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana
baginda tidak menghormati pembesar-pembesar dan digantikan oleh Raja Muzzafar.
Tun Fatimah melahir seorang anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran
Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah. Peringgi menyerang Bintan dan Sultan
Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.
RINGKASAN BAB 15
Sultan
Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan
Sultan Mahmud Syah dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang
dan berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah. Sultan
Alaud'-Din Ri'ayat Syah membuka sebuah negeri di Kuala Johor. Raja Omar,
iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan Raja
Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan Muzzafar
Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan
baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut. Raja Omar menceraikan isteri
pertamanya setelah Raja Fatimah hamil, manakala Sultan Muzaffar Syah jatuh hati
dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur. Kemangkatan Sultan Muzaffar
dan digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syah kemudian digantikan pula
oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil
Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan kemudiannya ke negeri
Makam Tauhid. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan
oleh Raja Martgsur dengan gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan
Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran
negeri dari Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.
PERSOALAN YANG TERDAPAT DALAM TEKS SEJARAH MELAYU
PERISTIWA
HANG TUAH DIHUKUM BUNUH
Kesetiaan
rakyat kepada raja
Hang Tuah
telah difitnah bermukah dengan seorang dayang raja. Walaupun Hang Tuah
menyedari bahawa dirinya difitnah, dia tetap menerima hukuman bunuh yang
dijatuhkan ke atasnya oleh raja Melaka dengan hati yang rela.
PERISTIWA
BAKAT KEBIJAKSANAAN TUN PERAK
Kebijaksanaan
dalam menyelesaikan masalah.
Tun Perak
memberi idea untuk membawa anak dan isteri ke medan perang untuk meramaikan
jumlah hulubalang Melaka. Di samping itu, Tun Perak juga mencadangkan agar
memasang puntungan api dan diikat di sepanjang pokok agar apabila Siam melihat
barah api tersebut, mereka beranggapan barah api yang banyak itu merupakan
pasukan Melaka dan akhirya mereka berundur dan tidak jadi menyerang Melaka.
PERISTIWA
HANG TUAH MENGALAHKAN TAMING SARI
Keberanian
menentang musuh
Taming
Sari membuat kekecohan dan membunuh ramai orang dan sesiapa yang menghalangnya
akan dibunuhnya. Akhirnya, Taming Sari naik ke atas perseban dan menikam segala
raja yang ada di situ dan Hang Tuah berusaha melindungi raja Melaka. Hang Tuah
pada masa itu berharap Patih Gajah akan mengalahkan Taming Sari. Namun, berlaku
sebaliknya dan demi melindungi raja Melaka, Hang Tuah telah bertindak untuk
mengalahkan Taming Sari yang sedang mengamuk pada masa itu. Akhirnya, dia
berjaya mengalahkan Taming Sari. Peristiwa tersebut membuktikan Hang Tuah
merupakan salah seorang pahlawan yang berani.
PERISTIWA
KITAB DURI’L MAZLUM
Ketinggian
ilmu agama dalam kehidupan.
Hal ini
dapat dibuktikan melalui peristiwa yang terdapat dalam Sulalatus Salatin iaitu
seorang pendeta yang bernama Maulana Abu Ishak yang amat arif dalam ilmu
tasawuf telah mengarang kitab Duri’l-Mazlum dan mengajarkan kepada anak
muridnya Maulana Abu Bakar dan menghantarnya ke Melaka untuk memberikan fatwa.
Kitab tersebut diterima baik oleh Sultan Mansur Syah dan banginda juga
menghantar kitab tersebut ke Pasai untuk diberikan erti. Kesemua orang besar
Melaka berguru kepada Maulana Abu Bakar kecuali kadi Melaka yang bernama Kadi
Yusuf. Namun, pada suatu hari ketika kadi hendak pergi solat Jumaat beliau
ternampak Maulana Abu Bakar dikelilingi cahaya, melihat perkara tersebut tuan
kadi menyembah kaki Maulana Abu Bakar dan menjadi anak muridnya. Peristiwa ini
memperkukuhkan lagi persoalan ketinggian ilmu agama dalam kehidupan.
PERISTIWA
LANGKAH MEMBASMI PENCURI
Tanggungjawab
seorang pemimpin terhadap rakyatnya.
Sifat
bertanggungjawab ini boleh dilihat pada Sultan Alaudin Riayat Shah dalam
peristiwa membasmi pencuri. Sultan Alaudin Riayat Syah menyamar dan keluar
untuk melihat keadaan negerinya. Baginda turut serta bersama Hang Isap dalam
mengalahkan pencuri dan baginda juga membina balai di simpang empat di tengah
negeri bagi membolehkan orang ramai meletakkan semua harta yang diperoleh dan
ditemui daripada pencuri agar dapat diambil semula oleh tuannya. Tindakan
baginda telah menunjukkann bahawa dia seorang pemerintah yang melaksanakan
tanggungjawabnya dengan baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)